- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

MPC kaji semula kawal selia terhadap peraturan perniagaan di samping meneruskan peningkatan produktiviti semua sektor

Must read

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah menyusun semula peranannya untuk memenuhi objektif Pelan Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) selari dengan agenda transformasi negara ke arah mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Untuk mencapai objektif tersebut, MPC telah memainkan salah satu fungsi terasnya iaitu membuat kajian semula pengawalseliaan peraturan perniagaan dengan memfokus kepada beberapa aktiviti utama yang dikenalpasti sebagai Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

Fungsi utama adalah menjalankan kajian semula kawal selia ke atas peraturan perniagaan yang berkaitan dengan proses, prosedur dan peraturan untuk mempermudahkan aktiviti perniagaan di Malaysia.

Usaha menyebarkan maklumat mengenai fungsi tersebut telah pun dibuat melalui penganjuran bengkel Kesedaran Projek Semakan Lesen-lesen Perniagaan dan bengkel Kajian Asas Indikator (Dealing with Construction Permits) yang diadakan di Kuching pada September 2012.

MPC juga sedang bekerja rapat dengan Unit Pemodenan Perkhidmatan dan Kualiti (UPPQ) Jabatan Ketua Menteri dalam projek memodenkan lesen perniagaan yang melibatkan beberapa buah Kementerian dan agensi-agensi Kerajaan Negeri.

Dua buah lab berkaitan “Business Process Reengineering” telah selesai pada tahun lepas dan semakan kepada hasil projek yang dibuat dalam dua buah lab tersebut akan dibuat melalui satu lagi lab yang dijadualkan pada tahun ini.

MPC juga akan terus meneraju dan memberi sokongan kepada produktiviti sektor awam dan swasta, inovasi, kualiti dan daya saing melalui pelbagai program peningkatan produktiviti dan inovasi seperti latihan, promosi dan projek-projek penandaarasan.

Tahun 2013 bakal menyaksikan usaha menyemak semula peraturan-peraturan perniagaan yang membebankan industri terutamanya di Sarawak akan diteruskan di bawah program semakan semula lesen perniagaan dan peraturan permit sektor pembinaan.

Bagi meningkatkan kecemerlangan organisasi melalui kreativiti dan inovasi, seminar tentang “Creating Excellent Organisation through Creativity and Innovation” akan dianjurkan bersempena dengan Hari Bersama Industri yang akan diadakan dalam empat siri pada tahun ini dengan sasaran peserta seramai 150 orang daripada pelbagai sektor dalam setiap seminar.

Konvensyen KIK Mini juga akan diadakan pada Mac 2013 bagi mencari projek-projek paling inovatif dan kreatif yang bakal dijadikan benchmark kepada peningkatan organisasi.

Sumber dipetik dari teks ucapan YBhg Datuk Abang Haji Karim Tun Abang Haji Openg, Ahli Lembaga Pengarah MPC pada Majlis Perasmian Seminar “One Stop Service Centre” di Kuching pada 19 Februari 2013

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article