- Advertisement -spot_img
4,835
published news
and counting

M-FICORD Fokus Pengeluaran Produk Makanan bernilai Tinggi

Must read

Artikel disesuaikan daripada : Usaha Menjadikan Sarawak Pembekal Makanan Serantau

Sejak 2017, Kerajaan Sarawak menerusi Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) telah menetapkan matlamat untuk menjadi Pengeksport Makanan Bersih (Net Food Exporter) menjelang tahun 2030.

bidang pertanian telah menjadi antara fokus utama dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) yang pada dasarnya adalah bermatlamat untuk menjadikan Sarawak sebagai pengeksport makanan bersih menjelang tahun 2030.

Bagi merealisasikan matlamat kerajaan tersebut, Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) telah mengambil beberapa pendekatan utama antaranya ialah dengan memberi fokus kepada pengeluaran produk agro makanan bernilai tinggi dan berskala komersial seperti tanaman nanas, pisang, kelapa dan durian.

M-FICORD juga terus komited untuk meningkatkan penglibatan sektor swasta di bawah model perniagaan atau Public Private and Community Partnership (PPCP) yang mana pihak swasta akan membantu dari segi pembelian dan pemasaran manakala petani akan mengeluarkan produk pertanian.

Ke arah usaha tersebut, Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) juga didorong untuk turut memainkan peranan mereka dalam menjayakan inisiatif ini.

Ladang Nanas di Saramanis, Miri

Selain itu, M-FICORD juga sedang meningkatkan aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) serta Inovasi, memperkasakan penggunaan teknologi moden dan digital di sepanjang rantaian nilai pengeluaran (the whole supply chain).

Pada masa yang sama, M-FICORD turut membangunkan serta menaik taraf infrastruktur pertanian dan mengembangkan kawasan pengeluaran agro makanan seperti agropark, Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dan sebagainya.

Buah durian dibawa ke CPPC Tarat untuk diproses menjadi pes durian

Baca lanjut : Usaha Menjadikan Sarawak Pembekal Makanan Serantau

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article