Koperasi Kampung Mongkos Proaktif Majukan Ekonomi Penduduk Kampung
Koperasi Kampung Mongkos Berhad telah didaftarkan sebagai koperasi pengguna pada 20 Disember 1979. Sejak penubuhannya, terdapat banyak kemajuan dan perubahan yang dibawakannya.
Antara yang paling nyata ialah koperasi ini kini mulai bergerak aktif menceburi kegiatan eko-pelancongan dan mengendalikan homestay.
Kerjasama erat antara peserta koperasi dan agensi kerajaan khasnya Jabatan Pembangunan Koperasi Sarawak telah mencetuskan idea untuk membina kilang memproses air minuman semulajadi/mineral di kampung ini. Pihak koperasi sedang menunggu kelulusan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memulakan kegiatan ekonomi baru ini.
Dengan terbinanya kilang itu kelak, pastinya lebih banyak peluang pekerjaan akan tersedia kepada penduduk kampung yang berjumlah kira-kira 1,000 orang itu.