- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Lapan Acara Utama Meriahkan Sambutan Jubli Emas ke-50 Sarawak

Must read

Sejumlah lapan (8) acara utama telah disenaraikan yang akan menjadi sebahagian daripada acara sambutan perayaan Jubli Emas ke-50 Sarawak Merdeka Dalam Malaysia.

Acara tersebut ialah Pelancaran Sambutan Perayaan Jubli Emas (31 Mac), Simposium Budaya (April hingga 31 Disember), Pameran Sarawak Gemilang 50 Tahun (22 Julai hingga 31 Disember), Majlis Kesyukuran 15 September), Acara Perarakan dan Rapat Raksaksa (16 September), Majlis Penutupan Sambutan Jubli Emas (31 Disember) dan Majlis Pengurniaan Pingat Peringatan Jubli Emas (akan dimaklumkan kemudian).

Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Timbalan Ketua Menteri, YB Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang selepas mempengerusikan Mesyuarat Perayaan Jubli Emas di Wisma Bapa Malaysia pada 1 Mac yang lepas.

Sehubungan itu juga, menurut beliau lapan jawatankuasa akan ditubuhkan serta akan dipengerusikan oleh Menteri-Menteri bertanggungjawab bagi memastikan setiap acara berjalan dengan lancar.

Beliau turut menambah, Sambutan Jubli Emas yang diraikan nanti begitu signifikan kepada seluruh rakyat Sarawak dengan membawa mesej kejayaan yang telah pun dikecapi oleh rakyat Sarawak dan pada masa yang sama sambutannya perlu dirasai oleh segenap lapisan rakyat Sarawak di Bandar dan luar Bandar serta melibatkan semua bahagian di negeri ini.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article