- Advertisement -spot_img
4,783
published news
and counting

185 menara telekomunikasi baharu siap sepenuhnya pada 2021

Must read

art-248-01

Sejumlah 185 menara telekomunikasi baharu di bawah Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP 2) akan mula dibina meliputi semua Bahagian di Sarawak dengan kesemua menara tersebut dijangka siap dan beroperasi sepenuhnya pada suku ketiga 2021.

Menurut kenyataan dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) baru-baru ini, inisiatif tersebut merupakan usaha berterusan oleh MCMC sejak dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) mula diwujudkan pada 2003.

Sehingga Mei 2020, MCMC dengan kerjasama syarikat-syarikat telekomunikasi telah mendirikan sejumlah 553 menara telekomunikasi selain menaik taraf sejumlah 1,064 menara telekomunikasi kepada rangkaian 3G dan 4G di Sarawak.

MCMC menyedari masih terdapat banyak kawasan yang belum mendapat liputan komunikasi menyeluruh dan stabil terutamanya di kawasan luar bandar yang disebabkan bentuk muka bumi yang berbukit-bukau dan laluan masuk yang sukar, masalah ketiadaan bekalan elektrik yang menjadi cabaran kepada MCMC dan syarikat telekomunikasi untuk membina menara di kawasan pedalaman.

Walaubagaimanapun, antara kaedah alternatif yang diguna pakai bagi mengatasinya ialah penggunaan rangkaian satelit dan bekalan janakuasa diesel yang menyebabkan liputan tidak stabil.

MCMC akan terus komited dengan misinya untuk menyediakan perkhidmatan komunikasi yang menyeluruh kepada rakyat, terutamanya di kawasan luar bandar dalam usaha merapatkan jurang digital di seluruh negara.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article