- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

DBKU Komited dan Konsisten dalam Usaha Pemeliharaan Alam Sekitar Sejak 2000

Must read

Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) bukanlah suatu nama yang asing malah antara agensi terawal yang komited dan konsisten usaha pemeliharaan alam sekitar.

DBKU dinobatkan baru-baru ini sebagai pemenang Anugerah Alam Sekitar Premier Sarawak 2021 hingga 2022.

Sebelum PSEA ditukar nama yang dulunya dikenali sebagai CMEA, DBKU telah menyertai CMEA  sejak dari tahun 2007.

Sejak dari tarikh tersebut, DBKU telah meraih anugerah antaranya CMEA 2007 (Naib Johan-Sektor Awam), CMEA 2011-2012  (Anugerah Emas -Perbandaran dan Majlis Daerah), CMEA 2014 (Johan-Bandar dan Majlis Perbandaran), CMEA 2015-2016 (Anugerah Emas – Pihak Berkuasa Tempatan), CMEA 2017-2018 (Johan-Pihak Berkuasa Tempatan), CMEA 2019-2020 (Johan-Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Bandaraya ) dan terkini PSEA 2021-2022 (Juara-Pihak Berkuasa Tempatan).

Perkara ini dinyatakan Pengarah DBKU, Tuan Haji Mohamed Khaidir Bin Abang sewaktu ditemu bual RAKAN Sarawak.

Pengarah DBKU, Tuan Haji Mohamed Khaidir Bin Abang

Menurut beliau, penganugerahan ini begitu signifikan buat DBKU kerana ia memberi pengiktirafan ke atas usaha-usaha DBKU di dalam pemuliharaan  alam sekitar.

DBKU mempunyai prosedur dalam Pemuliharaan Tenaga dan  Sumber Asli” di mana DBKU memantau dan melaksanakan langkah-langkah bagi mengurangkan penyalahgunaan pemuliharaan sumber tenaga,  pembaziran dan pencemaran alam sekitar.

Ini dilakukan melalui pendekatan dan usaha memantau penggunaan  elektrik, air, minyak, kertas, penggunaan tenaga solar dan kitar semula.

Selain itu, ia membuktikan  keberkesanan sistem yang telah dipraktikkan selama ini. Untuk rekod, DBKU telah mengguna pakai Sistem Pengurusan Alam Sekitar iaitu ISO 14001:2015.

Melalui pemakaian standard ISO 14001:2015 yang telah pun dilaksanakan sejak tahun 2000, di mana ia telah  bertindak sebagai satu mekanisme kawal selia kendiri bagi memastikan  DBKU memainkan peranan di dalam pemuliharaan alam sekitar.

Penganugerahan tersebut juga melambangkan kejayaan inklusiviti komuniti kerana ia membuktikan kejayaan inisiatif meningkatkan kesedaran masyarakat di  dalam pengurusan alam sekitar melalui program-program seperti sambutan  bulan kebersihan bandar raya Kuching setiap Julai, penganjuran aktiviti-aktiviti  gotong-royong, program 3R bersama komuniti, kempen kesedaran  pemuliharaan alam sekitar dan sebagainya.

Program-program seperti tersebut menurut beliau telah menyumbang kepada perubahan Pengetahuan, Sikap dan Amalan komuniti  DBKU yang menjurus kepada mencintai alam sekitar dan menjaganya agar  terpelihara secara lestari.

Mengenai kejayaan i pemenang Anugerah Alam Sekitar Premier Sarawak 2021 hingga 2022 baru-baru, beliau menjelaskan tiada persiapan khas dilakukan tetapi agensi tersebut (DBKU) berpegang teguh kepada amalan terbaik yang telah di gariskan di dalam standard ISO 14001:2015.

Ia merangkumi semua termasuklah perancangan dan pelaksanaan program-program pemuliharaan alam sekitar yang telah diatur setiap tahun dan di pantau pencapaiannya.

Pelbagai program telah dilaksanakan termasuklah program Earth Hour yang  disambut setiap bulan Mac, bulan kebersihan Bandaraya Kuching pada setiap  bulan Julai dan juga kaunter 3R buyback yang di adakan hampir setiap minggu  di kawasan-kawasan kejiranan sekitar DBKU.

Dengan adanya pematuhan  kepada standard ISO 14001:2015 dan juga program-program alam sekitar  tersebut maka DBKU sentiasa peka kepada aspek pemuliharaan alam sekitar  Bandaraya Kuching.

Ketika ditanya bagaimana pihak DBKU menerapkan elemen pengurusan dan amalan baik alam sekitar sosial dan tadbir urus (ESG) dalam pelaksanaan projek-projek pembangunan kendalian jabatan ini beliau menjelaskan ia sebenar sebahagian daripada nilai dan budaya dalam DBKU sejak dari awal lagi.

Jelas beliau, DBKU telah mendapat persijilan Sistem Pengurusan Alam Sekitar (ISO 14001)  sejak tahun 2000 dan ini bermakna setiap aspek urusan DBKU seperti program, projek pembangunan, kerja-kerja penyelenggaraan, aktiviti kemasyarakatan  dan sebagainya  perlulah patuh kepada keperluan-keperluan standard ISO 14001.

Sekiranya pihak kita gagal mematuhi keperluan-keperluan tersebut, yang merangkumi keperluan perundangan dan lain-lain, akan menyebabkan persijilan berkenaan dibatalkan.

Maka, setiap kakitangan DBKU dengan sedaya upaya memastikan pematuhan  kepada Sistem Pengurusan Alam Sekitar sepanjang masa di samping pada masa yang sama DBKU mempunyai pasukan audit dalaman bagi membuat kerja-kerja pemantauan terhadap urusan  kerja DBKU.

DBKU selain menekankan kepada pengurusan dan amalan baik  alam sekitar, turut melakukan penambahbaikan kepada  proses kerja dan polisi yang jabatan ini laksanakan bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan.

Jelas beliau, sejak penubuhan DBKU pada tahun 1988, pihak DBKU  telah mengamalkan pengurusan  kualiti menyeluruh ataupun total quality management (TQM) yang bertujuan bagi mengutamakan penambahbaikan secara berterusan terhadap proses-proses  kerja di dalam menyediakan perkhidmatan DBKU.

Selain daripada itu, DBKU juga mengguna pakai beberapa alat pengurusan yang telah terbukti berkesan bagi  meningkatkan pentadbiran serta pengurusan sesebuah organisasi.

Alat pengurusan (management tools) ini termasuklah  Total Quality Management,  Annual Strategic Plan dan Balance Score Card.

Dari perspektif organisasi pula, DBKU telah mempunyai satu pelan pengurusan Bandaraya dikenali sebagai CBS (Clean, Beautiful, Safe, Smart, Sustainable) yang telah di perkenalkan pada tahun 2013 dan disemak semula pada tahun 2019 agar mendukung aspirasi kerajaan negeri yang telah ditetapkan di dalam Post COVID  Development Strategy 2030 (PCDS 2030).

Dengan pemakaian pelan urus tadbir tersebut, jelas beliau akan mempertingkatkan kualiti  perkhidmatan DBKU dan ini secara langsung akan menghasilkan satu suasana  Bandaraya yang kondusif untuk didiami oleh penduduknya selaras dengan visi  DBKU iaitu “Kuching…A Vibrant Liveable City Of Choice”.

Mengambil contoh projek, bagi tahun 2022 terdapat beberapa projek yang dikendalikan oleh pihak DBKU  yang memfokuskan kepada pemuliharaan alam sekitar.

Diantaranya adalah  Projek Perintis Pengasingan Sisa Pepejal di Punca yang merupakan projek kerjasama diantara DBKU dan Trienekens Sarawak Sdn Bhd.

Projek tersebut   dilaksanakan di Kampung Tunku dan Malaysia Jaya di mana setiap rumah di situ disediakan tong sampah tambahan untuk mengumpul bahan kitar semula.

Pungutan bagi tong kitar semula tersebut adalah setiap Khamis pertama dan  ketiga setiap bulan. Buangan yang di kumpul di dalam tong kitar semula dapat di  alih destinasi akhirnya daripada tapak pelupusan kepada pusat kitar semula dan  ianya diproses untuk dijadikan bahan baharu.

Salah satu lagi projek yang berkaitan pemuliharaan alam sekitar adalah projek  lampu jalan pintar DBKU di mana DBKU telah memasang 210 lampu jalan pintar di sekitar Kampung Nombor (Satok) bagi  menggantikan lampu jalan  konvensional, High Pressure Sodium (HPS).

DBKU telah memasang 210 Smart Street Light di sekitar Kampung Nombor (Satok) bagi menggantikan lampu jalan konvensional

Dengan penggantian ini beberapa  kebaikan dapat diperolehi khususnya penjimatan tenaga iaitu elektrik dapat  dijimatkan disebabkan oleh watt lampu jalan pintar adalah lebih rendah  daripada kuasa yang diperlukan untuk HPS.

Ketika ditanya mengenai cabaran,  cabaran utama dalam pelaksanaan projek pembangunan berkaitan alam sekitar  adalah untuk meningkatkan kesedaran penduduk kerana projek-projek tersebut  memerlukan inklusiviti komuniti bagi menjayakannya.

Mengambil  contoh projek  pengasingan sampah di punca, jika penduduk tidak memberi Kerjasama di dalam  melaksanakan projek ini maka ternyata ianya akan gagal.

Contoh pengasingan Sisa Pepejal di Punca
Projek tersebut dilaksanakan di Kampung Tunku dan Malaysia Jaya di mana setiap rumah di situ disediakan tong sampah tambahan untuk mengumpul bahan kitar semula
Pungutan bagi tong kitar semula tersebut adalah setiap Khamis pertama dan ketiga setiap bulan. Buangan yang di kumpul dalam tong kitar semula dapat di alih destinasi akhirnya daripada tapak pelupusan kepada pusat kitar semula dan ianya diproses untuk dijadikan bahan baharu

Berkaitan dengan elemen keselamatan di tapak projek pula, jelas beliau bagi tujuan tersebut DBKU telah melaksanakan Sistem Pengurusan Keselamatan dan  Kesihatan Pekerjaan melalui piawaian ISO 45001:2018 yang telah digunakan  sejak tahun 2012 yang dulunya dikenali sebagai OHSAS 18001:2007.

Dengan adanya piawaian tersebut jelas beliau, ianya memberi mekanisme kawal selia kendiri di dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerja.

Proses pemantauannya adalah  menyeluruh dari peringkat kakitangan sehingga peringkat pengurusan tertinggi.

Seperti juga sistem pengurusan alam sekitar, sistem keselamatan dan kesihatan cara kerja juga mewajibkan organisasi seperti DBKU untuk mempunyai satu pasukan audit yang akan memantau dan memeriksa tempat kerja agar mematuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Mengenai inisiatif inovasi kepada pengurusan pula, beliau menekankan bahawa DBKU sentiasa komited dalam memastikan program inovasi dilaksanakan  secara berterusan.

Di bawah pelaksanaan Pengurusan Kualiti Menyeluruh di  DBKU, penglibatan semua peringkat anggota dalam usaha peningkatan inovasi ,dipertingkatkan dan juga melalui penubuhan Kumpulan KIK.

DBKU terus konsisten dalam melaksanakan inisiatif ke arah pemeliharaan alam sekitar

Inovasi-inovasi yang dihasilkan dari tahun 1988 – 2016 telah dibukukan manakala  inovasi-inovasi dari tahun 2017 hingga yang terkini tahun 2022 turut akan  dibukukan.

Antara Inovasi-inovasi yang dihasilkan memberikan impak besar   kepada pengurusan organisasi adalah seperti berikut:

  1. Inovasi: MHC1 – Penutup parit mudah laras yang memberi impak kepada  rakyat di mana tempat pejalan kaki lebih selamat kepada warga kota.

      Manakala kepada organisasi, ia dapat menjimatkan kos untuk menggantikan penutup parit sementara yang sebelum ini menggunakan, papan lapis.

      Inovasi tersebut  telah mendapat Anugerah Par Excellence 46th International Convention on Quality Control Circles ICQCC 2021  pada 24 – 27 November 2021 Hyderabad, India.

      Pengunaan MHC1 masih diteruskan, walaupun bilangan kes kecurian dan  kerosakan penutup parit berkurangan. Ini adalah kerana maklum balas yang baik  daripada orang awam dan pengguna jalan raya.

2)  Inovasi: TL-PowBank, berjaya dengan cemerlang di peringkat kebangsaan, inovasi dihasilkan untuk diguna pakai di 10 lokasi  lampu isyarat di kawasan DBKU bagi mengatasi masalah kesesakan lalu  lintas disebabkan kerja-kerja membaiki lampu isyarat tergendala  disebabkan bekalan elektrik terputus.

3)  Inovasi: E-BeeZ, Bagi mengatasi masalah kerja-kerja pemusnahan  sarang tebuan yang tidak efisien.

4) Inovasi: ECOSSEco Friendly Steamer Set – Solusi pembaziran sisa  hijau dengan nilai tambah.

5)  Inovasi: Ez-Power – Pemasangan bekalan elektrik menggunakan solar  untuk tandas mudah alih.

6)  Inovasi: MDL Ez-Slot – Bagi mengatasi masalah kerja-kerja pemasangan  dan penyelenggaraan Motif Decorative Lighting (MDL) mengambil masa  yang lama.

7)  Inovasi: MMR2 & MMR3 – Bagi mengatasi masalah proses melaras  semula penutup lurang (Manhole Cover) di atas jalan selepas kerja  penurapan jalan mengambil masa yang lama.

8) Inovasi: Q-Transform Book Drop – Inovasi yang dihasilkan untuk memudahkan orang awam memulangkan buku yang dipinjam pada bila-bila masa.

Kejayaan ini sebagai penanda aras untuk meningkatkan kesedaran warga kota ke arah pemeliharaan alam sekitar di bandar raya Kuching

Selain dari penghasilan inovasi ciptaan, melalui projek Kumpulan KIK juga telah  dapat menambahbaik proses kerja. Antaranya; Mewujudkan Garis Panduan Penyelenggaraan Utiliti dan Pemotongan Pokok  Antara Agensi Berkaitan, Proses permohonan permit aktiviti sementara yang menggunakan tempat  letak kereta, Proses pencarian fail pegangan persendirian di luar kabinet simpanan fail, Kutipan tunggakan cukari taksiran yang rendah dan Proses Kelulusan Sijil Jalan.

DBKU juga telah menyelaras peranan  dan fungsi DBKU untuk mencapai PCDS 2030 selaras dengan Pelan Strategik 2022 hingga 2030, 5 teras yang dipilih adalah kesinambungan CBS Plan DBKU iaitu Clean, Beautiful, Safe dan ditambah dengan 2 lagi ‘S’ iaitu Smart dan Sustainable.

Inilah fokus dan hala tuju DBKU sehingga 2030 di mana ianya selari dengan  aspirasi di dalam PCDS iaitu keterangkuman sosial dan persekitaran yang  mampan.

Definisi untuk 5 teras yang terpilih ini adalah :-

  • Clean – Bandaraya bersih dengan amalan terbaik dan penglibatan penduduk yang tinggi.
  • Beautiful Bandaraya bercahaya dihiasi kehijauan serta alam bina yang estetik.
  • Safe – Bandaraya selamat melalui tindakan mitigasi terhadap kejadian penyakit, jenayah dan kemalangan.
  • Smart – Bandaraya pintar yang mengoptimumkan fungsi bandar raya dan memangkinkan perkembangan ekonomi.
  • Lestari – Bandaraya lestari yang sentiasa relevan.

Di dalam teras lestari contohnya, DBKU mempunyai Objektif Strategik yang ke-15  iaitu Melestarikan Pemuliharaan Alam Sekitar.

Di bawah Objektif Strategik ini, ia  mempunyai 2 Pelan Tindakan iaitu Pelan Tindakan 56 – DBKU akan menyediakan Pelan Ke Arah Bandaraya  Rendah Karbon bagi tahun 2025 hingga 2030 dan kedua di bawah Pelan Tindakan 57 – DBKU akan melaksanakan  Advokasi pemakaian piawaian ISO EMS14001 dan EnMS50001.

Manakala di dalam teras Pintar pula, DBKU mempunyai Objektif Strategik ke-12  iaitu Transformasi Ke arah Bandaraya Pintar Bagi Memacu Ekonomi Dan  Meningkatkan Kualiti Kehidupan.

Di dalam Objektif Strategik ini, DBKU mempunyai beberapa Pelan Tindakan antaranya adalah Integrated Operation Centre (IOC), Bilangan kamera litar tertutup (CCTV) , Bilangan Kawasan dipasang lampu jalan LED pintar, Bilangan taman dipasang lampu solar, Bilangan stesen 3R pintar Bilangan kawasan yang dibekalkan tong sampah pintar dan Bilangan tandas awam pintar.

Selain itu, Bilangan taman awam sekitar bandar raya dipasang sistem penyiraman automatik, Aplikasi Smart Parks, peratusan tapak letak kereta tersedia alat pengesan (sensor), bilangan persimpangan yang dilengkapi lampu isyarat pintar dan hub komuniti pintar.

Dengan adanya pelbagai inisiatif ini, kita dapat menyokong aspirasi PCDS 2030 ke arah  matlamat pembangunan mampan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article