Kembara Petronas
Pasukan Kembara Petronas yang terkenal kerana ekspedisi menariknya, memulakan
satu lagi kembara minggu depan, kali ini perjalanan ke Borneo dan pulau-pulau
utama di Indonesia selama 58 hari.
Pasukan itu akan menjelajah Sarawak, Kalimantan Sulawesi, Sumbawa, Lombok,
Bali, Jawa dan Sumatra, dari 26 Julai hingga 15 Sept.
Pasukan Kembara Petronas iaitu anggota Permotoran Petronas,
sebelum ini berjaya dalam tujuh ekspedisinya, di negara tempat syarikat minyak
negara itu beroperasi.
Ia meliputi Laluan ke Tibet (1999), Petronas Indochina
(2000), Laluan Sutera Petronas (2001), Petronas Siberia (2002), Petronas Africa
Trek (2003), Petronas Trans Sahara (2004) dan Petronas Trans Himalaya (2005).