- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Tumpu Perhatian Kepada Pembangunan Daerah

Must read


Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Samsudin Osman dalam satu kenyataan (yang dipetik daripada BERNAMA) telah meminta Pegawai-pegawai Daerah supaya tidak terlalu banyak menghadiri mesyuarat bagi memastikan mereka dapat menumpukan perhatian terhadap pembanguan daerah.

Beliau berkata demikian kepada selepas merasmikan Seminar Mempertingkatkan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Melalui Pelaksanaan MS ISO 9001:2000, bagi peringkat pentadbiran daerah dan tanah serta pihak berkuasa tempatan, di Kuala Lumpur, 13 Julai 2006 yang lalu.

Beliau berkata untuk itu, Setiausaha Kerajaan Negeri diminta memberi kerjasama supaya dapat mengurangkan keperluan pegawai-pegawai daerah ini menghadiri mesyuarat.

"Kita sedar dan akui memang pegawai-pegawai daerah dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan banyak tugas yang diamanahkan untuk mereka melaksanakan dengan baik, termasuk menghadiri pelbagai mesyuarat seperti mesyuarat pembangunan dan perancangan," katanya.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article