- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Penarafan 5 Bintang Bukti Komitmen Majlis Daerah Marudi Beri Perkhidmatan Terbaik

Must read

Pada 1 Januari 1991, nama Majlis Daerah Baram telah ditukar kepada Majlis Daerah Marudi (MDM) melalui Warta Kerajaan No.: S.W.K. L.G. 15 bertarikh 28 Februari 1991.

Dalam Penilaian Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) pada tahun 2022, MDM berjaya memperoleh penarafan lima (5) bintang dalam penilaian prestasi tersebut.

Pencapaian ini amat bermakna kerana ia adalah pengiktirafan kepada seluruh warga kerja MDM yang terdiri daripada kakitangan dan Ahli-ahli Majlis yang telah berusaha memberikan perkhidmatan cemerlang kepada pelanggan dan pihak-pihak berkepentingan.

Penganugerahan Sijil Pengiktirafan SPB-PBT semasa Konvensyen PBT 2023 di Ipoh, Perak. Sumber: Majlis Daerah Marudi

Imej dan kredibiliti MDM turut harum setelah diiktiraf dan jelasnya akan membuka peluang MDM bagi mendapatkan sokongan dalam pembangunan di daerah Marudi.

Penganugerahan ini juga memberikan impak besar kepada keseluruhan warga kerja MDM untuk komited dalam menyampaikan perkhidmatan bagi mempertahankan tahap kualiti yang tertinggi dalam melaksanakan tugas.

Antara inisiatif MDM untuk memberikan perkhidmatan terbaik ialah dengan mencapai tahap kepuasan pelanggan yang tinggi.

Untuk itu MDM telah menyediakan Pelan Strategik Majlis dan melaksanakan pelbagai inisiatif transformasi dalam sistem pengurusan kualiti di Majlis seperti MS ISO 9001:2015, Balanced Scorecard, Jawatankuasa Kesihatan dan Keselamatan Pekerja (OSH) MDM dan Innovation and Creativity Circle (ICC).

Gambar semasa Sesi Pengauditan SPB-PBT berlangsung Sumber: Majlis Daerah Marudi

Aktiviti mempromosikan amalan integriti turut dilaksanakan di MDM seperti perhimpunan bulanan, lunch talk, lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR), pelbagai ceramah dan kursus yang berfokuskan nilai-nilai bersama yang bertujuan membentuk sahsiah warga kerja MDM dengan nilai yang akan menyumbang kepada prestasi perkhidmatan yang cemerlang.

MDM telah melaksanakan inisiatif pendigitalan perkhidmatan seperti penggunaan  sistem NEMOSYS (New Monitoring System) yang diperkenalkan oleh Majlis Daerah Marudi untuk memantau kerja-kerja penyelenggaraan oleh kontraktor secara real-time, menyediakan saluran pembayaran bil cukai taksiran melalui Paybills Malaysia dan sebagainya.

MDM juga berfokuskan perkhidmatan yang terbuka bagi memperbaiki kepercayaan awam dalam meningkatkan nilai integriti dan ketelusan dalam tadbir urus. Pelan Anti-Rasuah Organisasi (OACP) bersama 18 PBT Sarawak yang lain telah diwujudkan dan diguna pakai sebagai mekanisme untuk membudayakan sikap benci rasuah dalam organisasi.

Seterusnya, MDM terdorong untuk mendapatkan penarafan tertinggi itu kerana  ia akan menjadi penggalak bagi mendapatkan input dan hasil yang memberangsangkan daripada kakitangan untuk pembangunan MDM.

Antara inisiatif yang dilakukan untuk mencapai penarafan tersebut ialah Program Jati Diri, Majlis Penghargaan Tahunan, aktiviti kesukanan melalui Kelab Sukan dan Rekreasi (KESURA) MDM dan sebagainya.

Peningkatan pengetahuan dan kemahiran kakitangan MDM juga adalah salah satu sebab MDM berusaha untuk mendapatkan penarafan tersebut kerana ia secara langsung turut meningkatkan kecekapan perkhidmatan.

Pelaksanaan perancangan tahunan serta pengukuran keberhasilan melalui pengukuran prestasi merupakan inisiatif yang dilakukan oleh MDM bagi meningkatkan akauntabiliti dalam perkhidmatan oleh kakitangan.

MDM juga telah menerima  Anugerah Perpustakaan Sebagai Pusat Komuniti – Perpustakaan Awam Marudi sempena Anugerah Perpustakaan Awam Premier Sarawak Tahun 2022 pada 26 Oktober 2022 anjuran Pustaka Sarawak.

Anugerah Perpustakaan Awam Terbaik dan Johan bagi Pengiktirafan Perkhidmatan Perpustakaan Pihak Berkuasa Tempatan Sarawak daripada Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (MPHLG) pada 2 Disember 2022 di Kuching Sumber: Majlis Daerah Marudi

Encik Supian Hisyamuddin kakitangan Majlis Daerah Marudi dari Perpustakaan Long Lama telah menerima Anugerah Khas Panel Hakim sempena Anugerah Perpustakaan Awam Premier Sarawak Tahun 2022 tersebut.

Majlis Daerah Marudi juga telah memenangi Perpustakaan Awam Terbaik bagi Tahun 2022 dan Johan Pengiktirafan Perkhidmatan Perpustakaan Keseluruhan bagi Tahun 2022 anjuran Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (MPHLG).

Anugerah berorientasikan pencapaian prestasi adalah signifikan bagi Majlis Daerah Marudi agar dapat sentiasa kekal relevan untuk memberi khidmat cemerlang kepada rakyat setempat serta menyumbang kepada pembangunan Sarawak.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article