- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Jangan Tertipu Dengan Janji Manis Penjualan Tanah Secara Haram

Must read

Jabatan Tanah dan Survei dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 15 April 2023 memaklumkan bahawa hasil rondaan dan pengawasan rutin Jabatan Tanah dan Survei telah mengesan aktiviti penerokaan dan pendudukan tanah Kerajaan secara haram oleh kumpulan tertentu di kawasan Matang khususnya di sepanjang Jalan Pehin Sri Adenan.

Pegawai dari Jabatan Tanah dan Survei membuat operasi rondaan dan pengawasan aktiviti penerokaan dan pendudukan tanah Kerajaan secara haram

Berdasarkan maklumat risikan jabatan menunjukkan bahawa, individu dipercayai ketua rangkaian kumpulan peneroka tersebut telah dikenal pasti. Mereka menganjurkan penjualan lot tanah secara haram dan berjanji kononnya tanah tersebut boleh dimiiliki melalui urusan yang dianjurkan oleh mereka.

Kenyataan itu juga menyebut bahawa gambar membuktikan aktiviti pendaftaran nama pembeli dan kutipan deposit pembayaran yang menyalahi undang-undang tersebar luas pada masa ini.

Rondaan dan pengawasan rutin Jabatan Tanah dan Survei mengesan aktiviti penerokaan dan pendudukan tanah Kerajaan secara haram di kawasan Matang

Jabatan Tanah dan Survei memberi amaran keras kepada kumpulan ini supaya memberhentikan dengan serta merta aktiviti haram tersebut sebelum tindakan undang-undang selaras dengan Kanun Tanah Negeri termasuk peruntukan undang-undang berkaitan memperdaya dan menipu di bawah Kanun Keseksaan diambil.

Jabatan Tanah dan Survei dalam kenyataan itu seterusnya memberi peringatan kepada orang ramai untuk tidak terjebak dan terpengaruh dengan janji kumpulan ini kerana ia boleh membawa masalah kepada mereka malah akan berhadapan dengan pendakwaan jenayah.

Berdasarkan maklumat risikan jabatan terdapat sindiket menganjurkan penjualan lot tanah secara haram

Kerajaan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang dialami disebabkan penglibatan mereka dalam aktiviti haram ini.

Jabatan Tanah dan Survei memandang serius perkara ini dan akan mengambil tindakan penguatkuasaan selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Kanun Tanah Negeri. Antara tindakan yang akan diambil ialah meroboh struktur dan menghalau pendudukan haram di atas tanah Kerajaan serta pendakwaan di mahkamah.

Jabatan Tanah dan Survei akan mengambil tindakan penguatkuasaan dengan meroboh struktur dan menghalau pendudukan haram di atas tanah Kerajaan serta pendakwaan di mahkamah

Orang ramai dinasihatkan mengemukakan permohonan rasmi kepada Jabatan Tanah dan Survei sekiranya memerlukan lot kediaman.

Ini kerana Kerajaan melalui Jabatan Tanah dan Survei menyediakan lot-lot untuk tujuan kediaman melalui Skim Penempatan Semula (SPS) dan Skim Pembesaran Kampung (SPK).

Kerajaan negeri Sarawak akan terus merancang dan melaksanakan pembangunan SPS dan SPK bagi menampung keperluan lot kediaman oleh kumpulan sasar bagi skim tersebut.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article