- Advertisement -spot_img
4,836
published news
and counting

Kesihatan Digital Pemangkin Keberkesanan Perkhidmatan Perubatan

Must read

Pendekatan Kesihatan Digital kelihatan seperti konsep yang kompleks namun sebenarnya rakyat Sarawak telah terdedah dengan konsep ini dalam pelbagai aspek.

Inisiatif Kesihatan Digital amat signifikan dalam usaha agensi-agensi kerajaan untuk transformasi dalam perkhidmatan perubatan bagi kawasan pedalaman dan bandar.

Terdapat 3 (tiga) objektif dalam usaha Kesihatan Digital iaitu untuk meningkatkan kebolehcapaian, kecekapan dan kualiti perkhidmatan perubatan dan kesihatan seluruh negeri, untuk meningkatkan kecekapan pengurusan penyakit berjangkit dan untuk mencapai pendapatan yang lebih tinggi bersumberkan pelancongan kesihatan di Sarawak (Sumber: Portal Rasmi Sarawak Multimedia Authority).

Ini membuktikan Kesihatan Digital adalah salah satu inisiatif yang dilaksanakan oleh PANS bagi menambah baik penyampaian perkhidmatan perubatan sektor awam.

Tindakan strategik dalam pelaksanaan Kesihatan Digital yang tersenarai dalam Sarawak Digital Economy Strategy 2018-2022 adalah meningkatkan kebolehcapaian dan mengukuhkan tahap perkhidmatan perubatan dan kesihatan (Tindakan 19), memberi perlindungan kesihatan individu yang menetap dan bekerja di Sarawak (Tindakan 20) dan menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan pakar bertaraf dunia dan mengembangkan pelancongan kesihatan di Sarawak (Tindakan 21)  (Sumber: Portal Rasmi Sarawak Multimedia Authority).

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg merumus Strategi Ekonomi Digital 2018-2022 Sumber: Laman Rasmi The Borneo Post
Inisiatif Sarawak Digital Economy 2018-2022 Sumber: Buku Sarawak Digital Economy 2018-2022

Pengalaman Sarawak baru-baru ini dengan aplikasi MySejahtera adalah contoh peranan teknologi yang dipraktikkan bagi memperkasakan inisiatif Kesihatan Digital di Sarawak. Ia menjadi saluran untuk perkongsian maklumat daripada pihak berkuasa dan masyarakat.

Dengan adanya MySejahtera, kerajaan boleh membuat hantaran maklumat yang dikemaskini dan berita mutakhir manakala rakyat pula boleh memasukkan data berkaitan status kesihatan dan vaksinasi mereka selain check-in untuk pengesanan kontak.

Aplikasi MySejahtera Sumber: Laman Rasmi The Edge Market
Panduan menggunakan Aplikasi MySejahtera Sumber: Laman Rasmi Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi

Pengaplikasian kod QR juga telah menenggelamkan cara tradisional iaitu rakyat tidak perlu berpusu-pusu untuk ke hospital atau ke klinik dan sekali gus usaha pendigitalan ini mempercepatkan proses pengurusan penyakit berjangkit dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan sektor kerajaan.

Seterusnya, perancangan pembangunan Sarawak sebagai hub pelancongan perubatan berpandukan Kesihatan Digital turut merupakan usaha kerajaan dalam menambah baik penyampaian perkhidmatan kerajaan terutamanya dari segi penjagaan kesihatan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg menggesa agensi kerajaan menambah baik infrastruktur dan perkhidmatan hospitalitinya bagi memastikan pelancong berpuas hati dengan apa yang ditawarkan.

Ini membawa kepada perkhidmatan yang lebih baik daripada pakar perubatan di Sarawak kerana adanya objektif yang signifikan bagi membangunkan sektor penjagaan kesihatan dan perubatan bagi mencapai kesejahteraan rakyat.

Kerajaan juga telah menubuhkan Pusat Jantung Sarawak yang terletak di Kota Samarahan yang tidak menyediakan rawatan amali swasta bagi menyediakan rawatan terbaik dan ini menunjukkan rakyat Sarawak diberi keutamaan dalam penjagaan kesihatan.

Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan Sumber: Laman Rasmi Pusat Jantung Sarawak

Sistem perkhidmatan perubatan yang relevan dengan perkembangan semasa mampu meningkatkan kekerapan pengunjung dari negara jiran untuk mendapatkan rawatan yang berkualiti dan berpatutan.

Inisiatif Kesihatan Digital turut direalisasikan dengan pelancaran Majlis Perasmian Penggunaan Tiga Sistem dan Teknologi Perubatan Terkini di Pusat Perubatan Pakar Normah oleh Premier Sarawak.

Ia menyokong usaha Premier Sarawak dalam menyediakan sistem dan teknologi perubatan tercanggih pada masa kini yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam menyampaikan perkhidmatan perubatan kepada rakyat.

Terdapat 3 (tiga) kemudahan AI yang diimplemen Azurion 3 High-Tech Cardiovascular Laboratory, 256 Slice Multi-Detector Frontier 2.0 Computed Tomography Scanner, dan 1.5 Tesla Magnetic Resonance Imaging (MRI) Sigma Explorer.

Dengan wujudnya teknologi AI di Sarawak, pakar perubatan dapat mendiagnosis dan bertindak lebih awal, mampu merendahkan risiko penyakit serta mencapai kesejahteraan pesakit dengan lebih baik.

Pelaksanaan Teknologi AI dalam Sistem Perubatan dan Penjagaan Kesihatan Malaysia Sumber: Laman Rasmi Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi

Tambahan pula, penggunaan AI dapat meningkatkan kredibiliti pekerja kesihatan kerana secara tidak langsung ia dapat mengurangkan kes kemasukan ke hospital.

Justeru, inisiatif Kesihatan Digital memberi impak jangka masa panjang dalam keberkesanan pentadbiran Kerajaan Sarawak bagi menyampaikan perkhidmatan perubatan dan penjagaan kesihatan yang terbaik untuk rakyat Sarawak.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article