- Advertisement -spot_img
4,836
published news
and counting

Industri Hidrogen sebagai Sektor Ekonomi Baharu

Must read

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg mahu merealisasikan misi terbesar Sarawak menjelang tahun 2030 dengan menyeru rakyat negeri ini bersama menggerakkan ekonomi hijau agar Sarawak direkodkan negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Premier Sarawak komited dalam usaha menggerakkan ekonomi hidrogen sebagai ekonomi baharu di Sarawak Sumber: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Kerajaan Sarawak komited berusaha untuk menjalin kerjasama dengan pihak berkepentingan termasuk perusahaan tempatan, sektor swasta dan rakan kongsi global dalam merealisasikan misi kelestarian alam sekitar di negeri ini.

Sarawak telah menjumpai tenaga alternatif baru dalam kelestarian alam sekitar iaitu hidrogen. Hidrogen adalah bahan bakar bersih yang  hanya menghasilkan air  apabila digunakan dalam sel bahan bakar. 

Penggunaan tenaga hidrogen memberi impak nyata dalam sektor ekonomi baharu di Sarawak Sumber: Facebook Bernama TV

Ia boleh dihasilkan dari pelbagai sumber domestik seperti gas asli dan kuasa boleh diperbaharui seperti solar dan angin. Sarawak mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan jumlah yang sesuai untuk tenaga lestari. 

Sarawak telah mengorak langkah dalam penstrukturan sumber pokok bagi pemasangan automotif dalam usaha menghasilkan kenderaan sel bahan api hidrogen (FCEVs). Hidrogen bersumberkan tumbuhan akan mengurangkan kos penciptaan FCEV. 

Terdapat dua jenis kenderaan elektrik (EV), iaitu, kenderaan elektrik bateri (BEV) dan FCEV.

Menurut Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Dr Hazland Abang Hipni rasional di sebalik penubuhan loji hidrogen di Sarawak adalah untuk menghasilkan FCEVs dengan harga mampu milik untuk rakyat.

Komponen utama dalam penghasilan automotif kenderaan sel bahan api hidrogen (FCEVs) Sumber: Laman Rasmi U.S. Department of Energy

Ia selaras dengan dasar tenaga hijau Sarawak yang menggalakkan industri automotif beralih kepada sumber tenaga  boleh diperbaharui dan mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil. 

Oleh itu, Memorandum Persefahaman (MOU) ditandatangani melibatkan Sarawak Energy, SEDC Energy dan syarikat Korea Selatan, Samsung Engineering Co Ltd, Lotte Chemical dan Posco Holdings. 

Majlis untuk menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Kerajaan Sarawak dan syarikat Korea Selatan Sumber: Laman Rasmi Utusan Sarawak

MOU bertanggungjawab utuk memantau pengoperasian Loji Pengeluaran Hidrogen Bersepadu- Projek H2Biscus yang terletak di Tanjung Kidurong, Bintulu. Ia akan menghasilkan 220,000 tan hidrogen hijau, 630,000 tan ammonia hijau dan 600,000 tan ammonia biru. 

Sebanyak 7,000 tan hidrogen hijau yang digunakan untuk kegunaan domestik dan sebahagian besar akan dieksport ke Korea Selatan. Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari turut menyasarkan negeri ini untuk memulakan inisiatif penanaman 5 (lima) juta batang pokok menjelang tahun 2025. 

Pada April 2021, Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) melancarkan Stesen Pengisian Semula pelbagai bahan bakar pertama di Sarawak, yang dapat menampung kenderaan yang dikuasakan oleh bahan bakar fosil konvensional (petrol dan diesel), elektrik dan hidrogen. 

PETROS Darul Hana Kuching adalah stesen bercirikan hidrogen pertama di Sarawak Sumber: Google
Fungsi dan kelebihan stesen PETROS menyokong usaha kerajaan bagi melahirkan sektor ekonomi hidrogen di Sarawak Sumber: Laman Rasmi Bernama TV

Kerajaan Sarawak merancang untuk pembinaan PETROS cawangan kedua di Batu Kawah New Township, Kuching.  SEDC Energy adalah organisasi yang bertanggungjawab dalam perancangan pembinaan 4 (empat) buah stesen PETROS yang akan ditubuhkan di Sri Aman, Sibu, Bintulu dan Miri. 

PETROS  turut tidak ketinggalan dalam memenuhi kehendak digitalisasi terkini dengan mengaplikasikan sistem “Internet of Things” (IoT), pengesan automatik, analisis “Big Data” dan pembayaran tanpa tunai melalui kerjasama dengan platform FinTech sedia ada seperti S Pay Global. 

Justeru, Sarawak telah mendahului negeri-negeri lain dalam pembangunan dalam ekonomi hidrogen di Malaysia melalui perancangan strategik bagi pengeluaran komersial berskala besar dan proses eksport hidrogen menjelang tahun 2027.

Peranan hidrogen dan elektrik dalam sistem industri yang dipanggil sebagai ekonomi hidrogen
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article