- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

KSN Arah Jabatan Tetapkan Tempoh Perkhidmatan

Must read

Ketua
Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman, dipetik daripada Berita
Harian sebagai berkata orang ramai perlu diberitahu tempoh bila sesuatu
permohonan atau urusan mereka dapat disiapkan, supaya mereka tidak
tertunggu-tunggu.

Beliau berkata, langkah itu penting kerana kegagalan berbuat demikian,
kerap menimbulkan aduan atau rungutan yang berurusan terutama di
kaunter.

Katanya, dalam keadaan yang serba moden sekarang, orang ramai tidak
mempunyai masa yang banyak untuk sesetengah perkara, menyebabkan
layanan serta perkhidmatan perlu diberikan dengan tepat dan mesti ada
jangka masa tetap.

“Bagi perkhidmatan tertentu seperti kelulusan sesuatu hal, anda mesti
tetapkan satu tempoh masa. Berdasarkan penelitian saya dan aduan orang
ramai, mereka sanggup menunggu, cuma memerlukan kepastian sampai bila
mereka perlu menunggu.

“Bila kita kata boleh berikan perkhidmatan dalam masa tiga hari,
kita mesti memberikan dalam masa tiga hari. Jika perkara itu rumit,
beritahu mungkin dua bulan atau tiga bulan, tetapi kita mesti penuhi
masa yang kita janji. Ini bermakna orang menunggu akan tahu, dalam masa
tiga bulan dia akan dapat,” katanya.

Beliau menambah, kadangkala orang ramai langsung tidak diberikan sebarang jawapan yang menambah lagi ketidakpuasan hati mereka.

Sementara itu, beliau berkata, maklum balas yang diperoleh daripada
kajian oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) menjadi input penting kepada
kerajaan ke arah proses penambahbaikan dari segi penyampaian
perkhidmatannya kepada rakyat.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article