Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dipetik daripada BERNAMA pada hari
Selasa (1 Ogos 2006) yang lalu, menggariskan beberapa panduan untuk
memastikan pelaksanaan projek pembangunan dalam Rancangan Malaysia
Kesembilan (RMK-9) mencapai matlamat yang dijangkakan.
Beliau berkata pelaksanaan projek kerajaan untuk rakyat harus dipantau
dengan rapi dan keupayaan pelaksanaannya harus ditingkatkan bagi
mengelakkan projek lewat disiapkan atau terbengkalai yang mana ini
seterusnya akan meningkatkan kos pelaksanaan.
Katanya, semua jabatan dan agensi harus memastikan projek-projek RMK-9
memanfaatkan kumpulan sasaran dan tidak menjadi projek gajah putih yang
akan menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat terhadap kerajaan.
Budaya penyelenggaran juga harus disemai untuk memastikan projek yang
siap kelak diselenggara dengan baik dan digunakan sepenuhnya bagi
memenuhi tujuan ia dibangunkan, katanya.
"Kerajaan pusat dan negeri akan membelanjakan berbilion-bilion ringgit
untuk menjalankan projek-projek pembangunan RMK-9. Maka saya berharap
semua jabatan dan agensi menjadikan garis panduan itu untuk menentukan
matlamat RMK-9 berjaya tercapai," katanya di majlis penyampaian sijil
penyertaan Anak Angkat Jabatan Audit Negara Cawangan Sarawak di Pustaka
Negeri.