- Advertisement -
4,851
published news
and counting

Data dan Inovasi Menjana Kebolehpasaran Sumber Ekonomi

Must read

Kerajaan Sarawak komited dalam usaha meningkatkan keupayaan negeri ini menjadi pusat data dan inovasi bagi menjana kebolehpasaran sumber ekonomi di peringkat tempatan dan global.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg (Abang Johari) berjanji bahawa Sarawak akan menjadi masyarakat yang makmur berpusatkan data dan inovasi, di mana semua rakyat akan menikmati kestabilan ekonomi, kemasukan sosial, dan persekitaran yang mampan menjelang tahun 2023.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan turut menyatakan fokus utama Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) adalah menyusun semula dan mempelbagaikan ekonomi kepada industri hiliran bernilai tinggi yang dipacu oleh data dan inovasi.

Hal ini demikian kerana data adalah entiti ekonomi yang semakin bernilai yang memberikan impak jangka masa panjang kepada ‘business intelligence’ dan indikator bagi menjana pendapatan.

Sarawak Digital Economy Strategi 2018-2022 menunjukkan bahawa ekonomi Sarawak telah melalui peringkat inovasi dalam pendigitalan pentadbiran serta ekosistemnya. Agenda ekonomi baharu tersebut juga telah memberi tindak balas positif dalam mengendalikan konflik akibat pandemik COVID-19.

Kajian, reka bentuk, pembangunan, pemerhatian, pengeluaran, dan jualan “pakej data digital” berbentuk produk dan perkhidmatan yang berupaya dalam pengurusan maklumat dan pengetahuan bermanfaat dalam ekosistem untuk memenuhi permintaan ekonomi domestik dan antarabangsa.

Menjelang tahun 2030, kerajaan menyatakan komitmen dalam membina 7000 menara telekomunikasi di seluruh negeri lengkap dengan peralatan telekomunikasi bagi menyediakan capaian internet buat seluruh rakyat di Sarawak.

Abang Johari melaksanakan inisiatif untuk kawasan luar bandar dalam usaha menyelesaikan masalah capaian internet yang rendah di kawasan luar bandar.

Oleh itu, kerajaan telah membelanjakan RM2 bilion untuk memperluaskan liputan internet di seluruh Sarawak dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia juga telah meluluskan RM4 bilion untuk pembinaan menara dan pemasangan peralatan telekomunikasi.

Misalnya, kerajaan telah menyalurkan Wi-Fi percuma (30Mbps) untuk 20 kampung dan rumah panjang bertujuan menghubungkan komuniti luar bandar secara digital dengan perkhidmatan kerajaan.

- Advertisement -

Seterusnya, pembangunan Pusat Data dan Inovasi juga menyokong pengaplikasian ‘financial technology’ atau teknologi kewangan (fintech) yang telah mengubah ‘trend’  dalam industri kewangan untuk kekal relevan dengan keadaan semasa.

Dengan konsep layan diri, rakyat mempunyai ruang masa untuk membuat keputusan dalam menjalankan urusan transaksi peribadi melalui penggunaan ‘Digital ID’ (Sarawak ID) dan ‘Digital Wallet’ (S Pay Global).

Bagi meningkatkan nilai tambah teknologi yang mesra pengguna, Karuna Sarawak dengan kerjasama Sarawak Information System Sdn Bhd (SAINS) telah membangunkan aplikasi ‘Property Axis’, pasaran hartanah yang menawarkan pengesyoran hartanah berdasarkan analitik data besar daripada data sumber ramai dan terbuka.

Justeru, Pusat Inovasi Dan Data mampu menyelaras posisi Sarawak sebagai hab digital serta menjadi platform buat agensi-agensi kerajaan di negeri ini untuk mengkaji lebih spesifik berkenaan sektor-sektor ekonomi baharu menjelang tahun 2030.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article