Semasa di Miri, sebelum memulakan Konvoi Kembara Sarawak tersebut, Premier Sarawak , YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg telah merasmikan Pameran Digital bersempena dengan Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka yang diadakan di Stadium Tertutup Miri pada pagi Sabtu (10 Jun 2023).
Premier Sarawak turut melakukan gimik pelancaran dengan menandatangani Plak Perasmian Pameran Digital 60 Tahun Sarawak Merdeka sambil disaksikan dif-dif kenamaan lain.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan pemberian cenderamata kepada Premier Sarawak masing-masing oleh Residen Bahagian Miri Jamalie Busri dan Temenggong Datuk Abdul Rahman Fadzail yang mewakili Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Bahagian Miri sebelum diakhiri dengan sesi bergambar.
Sejurus selepas perasmian, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari mengetuai Konvoi Kembara Sarawak Merdeka dengan sejumlah 268 peserta menjelajahi Miri ke Bintulu.
Simbolik pelepasan konvoi telah disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Profesor Dr Sim Kui Hian.
Konvoi tersebut juga akan bersinggah ke Pantai Bungai, Subis dan Kampung Nyalau, Bintulu sebelum menamatkan jelajah di NAIM Street Mall, Bintulu Paragon.
Jelajah Konvoi Kembara Sarawak Merdeka untuk dari Miri ke Bintulu melibatkan perjalanan sejauh 168.3 KM dari Miri Ke Bintulu. Ia merangkumi dari Stadium ke Bungai 47.3 km, Bekenu ke Nyalau 76.1 km dan Nyalau ke Paragon sejauh 87.5 km