Dewan Suarah yang diwujudkan di setiap bahagian pada asalnya menyediakan tempat penganjuran aktiviti sosial, budaya, keagamaan dan sukan melibatkan semua lapisan masyarakat. Boleh dikatakannya ia lambang penyatuan masyarakat di Sarawak
Secara ringkasnya, pada asalnya Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sarawak bertanggungjawab ke atas pembinaan 12 Dewan Suarah di seluruh Sarawak.
Melalui kertas kerja Pengurusan Dewan Suarah oleh Kementerian Alam Sekitar dan Pelancongan (Kertas No.3A/87 bertarikh 13 Julai 1987) telah menyatakan bahawa Peruntukan bagi pembinaan Dewan Suarah adalah di bawah Tajuk 61 Bangunan Kerajaan dalam Anggaran Pembangunan. Perkara ini di bawah kawalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Infrastruktur.
Melalui mesyuarat Majlis Negeri pada 24 Mac 1988, Pentadbiran dan Pengurusan Lembaga Dewan Suarah telah diluluskan. Seterusnya Kementerian Pembangunan Sosial telah diamanahkan untuk menyelia dan mengurus Dewan Suarah.
“Idea membina Dewan Suarah adalah untuk membolehkan rakyat berbagai latar belakang berkumpul bersama-sama atas dasar tujuan, objektif dan keinginan yang sama; yang boleh diterjemahkan sebagai ungkapan budaya. Justeru, berbagai aktiviti seperti pameran mengenai pembelajaran atau pendidikan tidak formal, dan juga aktiviti kebudayaan yang dapat meningkatkan sensitiviti kita sebagai manusia wajar diadakan di Dewan Suarah.
Ekstrak daripada Mantan Ketua Menteri (kini TYT Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud) pada perasmian Dewan Suarah Kapit, 30 Ogos 1989
Objektif Pengurusan Dewan Suarah ( seperti yang diekstrak Mantan Ketua Menteri (kini TYT Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud)
- Menyokong Politik Pembangunan ” Pertemuan budaya dan nilai”.
- Memupuk integrasi nasional, muhibah dan persefahaman di kalangan semua masyarakat
- Tumpuan aktiviti di Bahagian, Bandar dan Daerah .
- Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Dewan Suarah, termasuk aktiviti kebudayaan, seni, sukan, rekreasi, sosial dan berorientasikan saintifik.
- Antara kemudahan yang terdapat di Dewan Suarah ialah dewan serba guna, dewan pameran, muzium mini, perpustakaan, kompleks stadium sukan, auditorium, gimnasium, asrama, bilik mesyuarat dan bilik tetamu kehormat
No | Lokasi | Siap dan Beroperasi |
1 | Dewan Suarah Sarikei | 16 Jun 1988 |
2 | Dewan Suarah Miri | 20 Jun 1988 |
3 | Dewan Suarah Sibu | 4 Julai 1988 |
4 | Dewan Suarah Bintulu | 5 Julai 1988 |
5 | Dewan Suarah Limbang | 11 Julai 1988 |
6 | Dewan Suarah Mesra Mukah | 25 Julai 1988 |
7 | Dewan Suarah Kuching | 4 Septembar 1988 |
8 | Dewan Suarah Sri Aman | 19 September 1988 |
9 | Dewan Suarah Kapit | 30 Ogos 1989 |
10 | Dewan Suarah Bau | 25 Mei 1990 |
11 | Dewan Suarah Baram (Marudi) | 4 September 1991. |
12 | Dewan Suarah Kota Samarahan | 5 Mac 1995 |