- Advertisement -spot_img
4,808
published news
and counting

i-Care4U Bantu KIR Kurang Berkemampuan

Must read

Dalam konteks program atau projek kesejahteraan rakyat, eKasih yang mengandungi maklumat Ketua Isi Rumah (KIR) merupakan salah satu sistem yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).

ICU JPM telah merangka pelbagai program di bawah Inisiatif Kesejahteraan Rakyat (IKR) yang merangkumi Program Didik Kasih (dKasih), Usaha Kasih (uKasih) dan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) i-Care4U bagi membantu KIR yang layak.

Melalui Program i-Care4U, ICU JPM telah menyediakan platform kepada badan-badan korporat termasuk masyarakat sivil dalam membantu golongan kurang berkemampuan terutamanya kategori miskin tegar dan miskin di Malaysia.

Matlamat Program CSR ini adalah untuk membantu meringankan beban perbelanjaan KIR dan pada masa yang sama  untuk menjaga kebajikan Isi Rumah (IR) yang berdaftar dalam sistem eKasih yang mana sehingga Mei 2023, ICU JPM telah berjaya melaksanakan sejumlah enam (6) program CSR ini.

Sebanyak enam program CSR telah dilaksanakan sehingga April 2023

Baca lanjut di i-Care4U Bantu Golongan Kurang Berkemampuan

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article