- Advertisement -spot_img
4,810
published news
and counting

Sarawak Pada Dasarnya Setuju Untuk Ambil Alih MASwings

Must read

Kerajaan Sarawak pada dasarnya telah bersetuju dengan tawaran Kerajaan Persekutuan berhubung pengambilalihan MASwings Sdn.Bhd sebagai entiti penerbangan baharu milik kerajaan Sarawak.

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg semasa ditemui media selepas Majlis Menandatangani Kontrak Untuk Operasi Miri antara Hornbill Skyways Sdn Bhd (HSSB) dan Petroleum Arrangement Contractors (PACs) dan Perjanjian Perkhidmatan Teknikal antara HSSB dan Has International Sdn Bhd (HAS) pada 15 Jun 2023 (Khamis).

Premier Sarawak menerima cenderamata daripada Pengerusi Hornbill Skyways Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain pada Majlis Menandatangani Kontrak Bagi Operasi Miri antara Hornbill Skyways Sdn Bhd (HSSB) dengan Kontraktor Pengendali Petroleum (PACs) di Kuching

Menurut beliau, pengambilalihan tersebut adalah hasil cadangan balas Kerajaan Persekutuan selepas Kerajaan Sarawak mengemukakan cadangan untuk menubuhkan syarikat penerbangan butiknya sendiri sebelum ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata bahawa pengambilalihan operasi MASwings itu adalah dengan mengambil kira dua aspek utama iaitu yang pertama ialah, laluan penerbangan perlu diteliti kerana pada masa ini MASwings hanya menjalankan penerbangan di laluan Borneo sahaja.

Sehubungan itu, Kerajaan Sarawak mahu agar selepas operasi penerbangan MASwings diambil alih, penerbangan akan diperluaskan sehingga ke Kuala Lumpur dan Singapura iaitu di luar laluan domestik.

Peta menunjukkan penerbangan MASwings ke 23 destinasi

Aspek kedua yang perlu diambil kira ialah, harga tiket penerbangan yang ditawarkan haruslah pada tahap yang sederhana atau berpatutan terutamanya dalam Malaysia.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa, syarikat penerbangan itu nanti akan menggunakan Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF) yang dihasilkan oleh alga di Sarawak.

Kerajaan Sarawak mempunyai rancangan untuk meningkatkan pengeluaran SAF melalui peningkatan penanaman kepada 10,000 ekar yang boleh menghasilkan kira-kira 100,000 tong minyak sehari.

Infografik menerangkan sejarah ringkas MASwings Sdn. Bhd
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article