- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Sidang Media 2nd Annual University Administration Leaders Round Table

Must read

Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi bin Abdul Ghani menjadi tetamu kehormat pada Sidang Media dan Majlis Makan Malam Program 2nd Annual University Administration Leaders Round Table: Towards High Income Nation bertempat di Hotel Hilton, Kuching pada 15 Mei 2013.

Turut kelihatan ialah (dari kiri) Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) YBhg Profesor Datuk Dr. Raduan bin Che Ros dan Timbalan Pengarah Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) YBhg Profesor Dr. Mohd Fadzil Mohd Idris.

Majlis turut dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS YBhg Datu Dr. Hatta Solhi, Naib Canselor UNIMAS YBhg Profesor Dato’ Dr. Mohamad Kadim bin Suaidi, Pendaftar UNIMAS Encik Ahmad bin Katang dan Pendaftar UMK YBhg Profesor Dr. Razli bin Che Razak.

Program tersebut dengan kerjasama  AKEPT, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), UMK dan UNIMAS merupakan kesinambungan daripada program seumpama pertama yang telah diadakan pada tahun lepas di Kota Bharu, Kelantan.

Ia adalah hasrat pihak AKEPT dan KPT yang bertujuan untuk membantu pentadbir-pentadbir tertinggi universiti tempatan dan swasta dalam memacu kecemerlangan institusi masing-masing agar lebih berkesan melalui pandangan dan pengalaman luas penceramah tersohor tempatan dan luar negara.

Seramai 110 peserta terdiri daripada Pendaftar, Bendahari, Ketua Pustakawan dan Penasihat Undang-undang daripada IPTA dan IPTS seluruh negara menghadiri program yang pada kali ini membincangkan mengenai peranan para pentadbir universiti selain daripada para akademia dalam usaha ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article