- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Bank Biji Benih

Must read

Menteri Pertanian
dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipetik daripada
BERNAMA sebagai berkata, Malaysia akan mempunyai bank biji benih untuk
kegunaan industri penanaman bunga, sayur dan buah-buahan dalam tempoh
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).

Ini sudah pastinya akan dapat mengurangkan kebergantungan negara kepada benih yang diimport.


Bank itu akan membolehkan kementerian
mengumpulkan maklumat mengenai jenis biji benih, keperluan dan permintaan bahan itu oleh industri pertanian.

Dalam hal ini MARDI yang diberikan tanggungjawab untuk membangunkan bank itu, sedang menjalankan kajian untuk pengumpulan biji benih.

Malaysia pada suatu ketika dahulu mengimport biji benih
dari luar negara dengan nilai RM18.22 juta tetapi dengan adanya
kesedaran daripada petani untuk menghasilkan sendiri biji benih, import
dikurangkan sehingga RM7.5 juta pada tahun lepas.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article