- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Gotong-royong MAKSAK 2006

Must read

Bintulu telah dipilih menjadi tuan rumah
kepada sambutan Hari Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Sarawak pada tahun 2006
ini. Sambutan Hari Perkhidmatan Awam tersebut telah diadakan pada 13 hingga 15
Ogos 2006 dengan tema kali ini, "Effective
Service Delivery and Financial Prudence in the Civil Service
".

Pelbagai aktiviti telah dikelolakan oleh
Jawatankuasa Pengelola. Salah satu dari aktiviti-aktiviti tersebut ialah gotong
royong MAKSAK.

Aktiviti ini telah dipertanggungjawabkan
kepada Jawatankuasa Kecil Gotong Royong yang
dipengerusikan oleh Pengurus Besar BDA, Tuan Haji Mohidin Bin Haji
Ishak.

Objektif gotong royong ini diadakan ialah
untuk memupuk silaturahim dan perpaduan di antara pegawai serta kakitangan
kerajaan dan penduduk di kampung tersebut selain dari menyemai sikap
bertanggungjawab terhadap kebersihan kawasan, kekemasan tempat dan kemesraan
sosial di kalangan peserta. Gotong royong ini juga bertujuan memenuhi peranan
BDA sebagai pihak berkuasa tempatan dalam merealisasikan visi dan misi BDA ke
arah bandaraya industri yang mesra menjelang 2020.

Gotong royong MAKSAK ini telah diadakan
pada 13 Ogos 2006 jam 2.00 petang di Kampung Penan Muslim, Batu 10, Jalan
Bintulu-Miri, Bintulu dan merupakan kali kedua diadakan untuk MAKSAK.

Seramai 200 orang (termasuk penduduk
setempat) telah menyertai gotong royong ini terdiri daripada pegawai serta
kakitangan jabatan kerajaan negeri dan persekutuan seperti berikut :

  1. Pejabat Residen dan Daerah Bintulu,
  2. Jabatan Kerja Raya,
  3. Jabatan Hutan,
  4. Jabatan Pertanian,
  5. Jabatan Perbendaharaan Negeri,
  6. Jabatan Kebajikan Masyarakat,
  7. Pejabat Pembangunan Sosial dan Urbanisasi,
  8. Jabatan Agama Islam Sarawak,
  9. Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak,
  10. Jabatan Tanah dan Survei,
  11. Jabatan Pengairan dan Saliran,
  12. Lembaga Kemajaun Bintulu,
  13. Lembaga Sungai-Sungai Sarawak,
  14. Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar,
  15. Jabatan Kastam & Eksais Di Raja
    Malaysia,
  16. Jabatan Perikanan,
  17. Jabatan Penerbangan Awam,
  18. Poilis DiRaja Malaysia,
  19. Jabatan Laut Sarawak,
  20. Jabatan Alam Sekitar,
  21. Jabatan Perangkaan,
  22. Jabatan Tenaga Kerja,
  23. Jabatan Kaji Cuaca,
  24. Jabatan Kesihatan,
  25. Jabatan Imigresen,
  26. Jabatan Bomba & Penyelamat,
  27. Jabatan Pelajaran Gabungan,
  28. Jabatan Pengangkutan Jalan,
  29. Jabatan Belia dan Sukan,
  30. Jabatan Akauntan Negara,
  31. Jabatan Penrangan Malaysia,
  32. Badan Pencegah Rasuah,
  33. Jabatan Kimia,
  34. Jabatan Pendaftaran Negara,
  35. Kementerian Perdagangan & Hal Ehwal
    Pengguna,
  36. RELA

Majlis pelancaran gotong royong tersebut
telah disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, YBhg.
Datu Wilson Baya Dandot.

Dalam ucapan pelancaran tersebut, YBhg.
Datu Wilson menyeru pegawai serta kakitangan kerajaan memainkan peranan aktif
untuk menjaga kepentingan umum dan sentiasa mendekati rakyat khususnya di
kawasan luar bandar. Anggota perkhidmatan awam memainkan peranan sebagai
pemangkin rancangan kerajaan dan mata serta telinga kerajaan dalam usaha ke
arah penyelesaian permasalahan yang dihadapi oleh rakyat.

Bukan itu sahaja, mereka seharusnya juga
berinteraksi sosial dengan masyarakat untuk memperkukuhkan silaturahim agar
satu jaringan komunikasi yang baik antara pihak kerajaan dengan rakyat dapat
diwujudkan.

Sebelum itu, wakil Pengurus Besar Lembaga
Kemajuan Bintulu (BDA), Encik Sairi Bin Naim turut berucap serta mengalu-alukan
kedatangan para peserta khususnya tetamu kehormat.

Dalam ucapan beliau, BDA sentiasa
mengadakan program seperti ini khususnya untuk mempromosikan konsep 4K iaitu
kesihatan, kebersihan, keindahan dan keselamatan di mana BDA telah
mengadakannya di kawasan luar bandar seperti Rumah.Bana, Selezu, Sebauh dan
Rumahh. Robin Ro, Sungai Enteban, Labang sebelum ini. Aktiviti seperti ini akan
diteruskan pada masa akan datang.

Kampung
Penan Muslim dipilih sebagai tempat gotong-royong kali ini atas permintaan
daripada JKKK kampung tersebut dan aktiviti ini dibuat sebagai acara simbolik
pada sambutan Hari Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak 2006 kali ini.

Oleh Encik Suhaili Bin Mod (BDA)

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article