Perbadanan Kemajuan
Kraftangan Malaysia dengan kerjasama Kementerian kebudayaan Kesenian
dan Warisan (KeKKWA) akan menganjurkan Promosi Kraf Malaysia pada 26
Ogos -3 September 2006 bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam
bertempat di Tebingan Kuching.
Promosi Kraf Malaysia ini adalah sebahagian daripada usaha
mempromosikan kraf tempatan termasuklah memartabatkan kraf buatan
Malaysia.Kraftangan tempatan bukan sahaja popular bagi tujuan untuk
keperluan harian, malah ia kini turut meluas untuk dijadikan barang
perhiasan, hadiah, cenderamata dan sebagainya.
Pelbagai
aktiviti menarik disusun sepanjang promosi tersebut antaranya sudut
pendidikan kraf,pameran Gaya Hidup Masa Kini dan pameran Cabaran dan
Tentangan Kemerdekaan yang diadakan oleh Arkib Negara Malaysia. Promosi
Jualan Kraf juga turut menawarkan produk kraf dengan harga yang
berpatutan.
Menteri
Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim akan
merasmikan promosi tersebut pada 28 Ogos 2006 nanti di tapak promosi.