- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

SAF2023 : Perindustrian Untuk Kelestarian Sekuriti Makanan Dan Komoditi

Must read

Sarawak Agrofest 2023 (SAF2023) merupakan penganjuran lebih besar berbanding edisi sebelum ini dengan pelbagai jenis produk, perkhidmatan dan inovasi dijual serta dipamerkan sepanjang sepuluh (10) hari festival itu berlangsung.

SAF2023 merupakan kombinasi antara persidangan, pameran dan jualan, promosi jualan, promosi makan dan elemen-elemen pertandingan dalam satu festival pertanian besar-besaran menerusi pelbagai seksyen.

Seksyen-seksyen itu ialah AgroTrade, AgroTech, AgroFresh, AgriInput, Smart Farming, Vet Zoo, Sarawak Kitchen dan Pavilion.

Objektif utama Sarawak Agrofest adalah untuk mempromosikan pertanian dan industri asas tani dengan mempamerkan semua komponen industri yang berkembang pesat ini, justeru menyediakan platform yang dinamik untuk menarik minat pelabur yang lebih tinggi dan untuk meningkatkan lagi penyertaan belia dalam bidang pertanian. industri.

Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg merasmikan SAF2023 pada 22 September 2023

Lebih 200 pempamer dari industri pertanian, agensi, usahawan, korporat dan sektor swasta termasuk pemain-pemain (industri pertanian) antarabangsa mengambil bahagian.

SAF2023 dengan tema ‘Perindustrian untuk Kelestarian Sekuriti Makanan dan Komoditi’ juga akan menyediakan peluang-peluang untuk pemegang-pemegang taruh pertanian untuk mewujudkan jaringan, padanan perniagaan dan kerjasama bagi memperkukuhkan lagi rantaian bekalan serta nilai produk pertanian.

Pada masa yang sama, untuk mencapai impian ‘Sekuriti Makanan’ dan ‘Kelestarian,’ adalah perlu usaha mengopitimumkan penggunaan sumber menerusi penggunaan teknologi digital, jentera dan automasi dalam sektor pertanian terutama di peringkat hiliran dimajukan dan digiatkan.

Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bersama Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Premier Sarawak, YB Datuk Amar Douglas Unggah Embas, Dr Stephen Rundi, Menteri Industri Makanan, Komoditi Dan Pembangunan Wilayah Sarawak, YBhg Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang dan YB John Sikie Tayai, Menteri di Jabatan Premier Sarawak pad acara simbolik perasmian SAF2023

Pemilihan tema SAF2023 katanya, berlandaskan tiga (3) tonggak utama kemampanan iaitu keterangkuman sosial, kemakmuran ekonomi dan kelestarian alam sekitar seperti digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

Sempena SAF2023, turut dianjurkan Persidangan Antarabangsa Pertama mengenai Bioteknologi, Perladangan Pintar, dan Keusahawanan untuk Keselamatan Makanan (BioSFE) anjuran Kementerian Industri Makanan, Komoditi Dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MFICORD), bersama Universiti Teknologi MARA Sarawak (UiTM Sarawak) dari 25 September 2023 hingga 27 September 2023.

Persidangan ini merupakan platform untuk penggubal dasar, saintis, ahli akademik, pengamal dan pihak berkepentingan terkemuka dari industri asas tani di seluruh dunia untuk bertukar-tukar penemuan terbaru mereka.

Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari ketika lawatan ke reruai pameran produk usahawan tani Sarawak

SAF2023 telah dirasmikan oleh Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg pada 22 September 2023.

Pada masjli perasmian berkenaan, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari juga telah melancarkan jenama “Peladang Sarawak” oleh Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS).

Melalui jenama ini, akan lebh banyak lagi produk keluaran tempatan dapat dihasilkan serta diketengahkan untuk membantu usahawan-usahawan tempatan dari Sarawak khususnya.

Pada majlis berkenaan, Premier Sarawak juga telah menyampaikan beberapa anugerah sebagai tanda penghargaan kepada Peladang, Penternak dan Nelayan yangmemainkan peranan yang sangat penting ke atas keterjaminan bekalan makanan atau “Food Security” dan ekonomi yang mana tanpa mereka, keterjaminan bekalan makanan akan terjejas.

Gambar kenangan penerima anugerah SAF2023 bersama Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari dan dif jemputan

Pemenang Anugerah Sempena Sarawak Agrofest 2023 Anugerah Peladang Jaya

Kategori 1: Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Jaya

• Johan – PPK Subis

Kategori 2: Peladang Jaya

• Johan – Bali Anak Ambu (PPK Julau)

Kategori 3: Peladang Nita Jaya

• Johan – Mariana Murib (PPK Subis)

Anugerah Industri Asas Tani

• Johan – Aweang Anak Kwasin (Joeyes Trading Sdn. bhd)

Anugerah Nelayan Darat

• Johan – Wong Neng Gei

Anugerah Penternak Jaya

Kategori 1: Ruminan Besar

• Johan – Wong Sie Kong

Kategori 2: Ruminan Kecil

• Johan – Cyril Joo Ali Basah

Kategori 3: Ayam Itik (Poultry)

• Johan – Wong Kai Ting

Kategori 4: Khinzir & Aneka Haiwan

• Johan – Tan Kwang Chwen

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article