- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Pindaan Kadar Imbuhan Tetap Khidmat

Must read

Dua
pekeliling perkhidmatan bertarikh 25 September 2006
yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam memaklumkan bahawa
Kerajaan Persekutuan telah meluluskan kenaikan kadar Imbuhan Terap
Khidmat Polis bagi Pegawai Rendah Polis (ITKP) dan kadar Imbuhan Tetap
Khidmat Awam bagi pegawai dalam Kumpulan Sokongan berkuatkuasa 1
Januari 2007.

Bagi anggota polis berpangkat Ketua Inspektor dan Inspektor, mereka akan memperolehi RM160.00 sebulan iaitu kenaikan RM45.00.

Manakala bagi anggota polis berpangkat Sub Inspektor, Sarjan Mejar,
Sarjan, Koperal, Lans Koperal dan Konstabel, imbihan tetap khidmat
polis yang baru ialah RM115.00 sebulan iaitu kenaikan sebanyak RM35.00.

Sementara itu bagi anggota perkhidmatan awam pula, bagi pegawai dalam
kimpulan sokongan gred 1 hingga 16, mereka akan menikmati kenaikan
sebanyak RM30.00 (kadar semasa – RM65.00).

Bagi mereka yang berjawatan gred 17 hingga 24 pula, mereka akan
memperolehi RM115.00 bagai kadar imbuhan baru iaitu kenaikan sebanyak
RM35.00.

Bagi anggota perkhdimatan awam yang berada pada gred 25 hingga 26,
mereka akan memperolehi kenaikan sebanyak RM40.00 daripada RM100.00
kadar semasa yang dinikmati.

Kenaikan sebanyak RM45.00 pula diberikan kepada mereka yang berada pada
gred 27 hingga 34 yang mana mereka akan memperolehi kadar imbuhan baru
sebanyak RM160.00 dan bagi pegawai yang berjawatan gred 35 hingga 40
pula, mereka akan mendapat kadar imbuhan baru sebanyak RM220.00 iaitu
kenaikan sebanyak RM50.00.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article