- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Jambatan Durin Akan Dibuka

Must read


Datuk Seri samy Vellu dilaporkan oleh BERNAMA, sebagai berkata bahawa
pembinaan jambatan sepanjang 1.194km dan satu lorong tersebut adalah di
peringkat akhir di mana hanya tinggal dua sambungan perluasan dan
penghadang besi perlu dipasang.
Ianya dijangka siap dan dibuka kepada lalulintas pada 21 Oktober ini
atau sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Kerja pembinaan jabatan ini bermula pada Mac 1999 yang melibatkan kos
sebanyak RM95.8 juta.
Namun pihak kontraktor telah gagal menyiapkannya dalam tempoh yang
ditetapkan iaitu selama 34 bulan dan sebanyak enam lanjutan masa
berjumlah 18 bulan juga telah diberikan bagi membantu kontraktor
berkenaan menyiapkannya tetapi ia masih gagal disiapkan.

Susulan itu, pada penghujung 2003, kerajaan telah memutuskan untuk
melantik kontraktor penyelamat iaitu Brooke Dockyard and Engineering
Works Corporation bagi menyiapkan baki kerja yang belum disiapkan
kontraktor asal.
Kerja pembinaan telah disambung semula pada Mei 2004 dengan nilai
RM26.4 juta dan tempoh siap kerja yang baru juga telah ditambah
sebanyak 18 bulan daripada tempoh asal disebabkan pengambilalihan
tersebut.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article