- Advertisement -spot_img
4,841
published news
and counting

MRSM Bintulu Sedia Akses dan Peluang Pendidikan Berkualiti

Must read

Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg pada 1 November 2023 telah merasmikan kampus Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Bintulu yang telah dibangunkan oleh PETRONAS.

Hadir mewakili PETRONAS, Pengerusinya Tan Sri Mohd Bakke Salleh manakala Majlis Amanah Rakyat (MARA) diwakili oleh Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Hajah Rubiah Wang.

YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg menandatangi plak perasmian Kampus MRSM Bintulu pada 1 November 2023

Dalam majlis yang sama, Premier juga menyaksikan penyerahan kampus tersebut oleh PETRONAS kepada Kerajaan Negeri Sarawak melalui Yayasan Sarawak yang seterusnya menyerahkan fasiliti pendidikan itu kepada MARA bagi urusan pengoperasiannya.

Upacara simbolik penyerahan antara ketiga-tiga entiti diwakili Naib Presiden Kanan, Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, PETRONAS, Farehana Hanapiah, Pengarah Yayasan Sarawak, Haji Mersal Abang Rosli dan Ketua Pengarah MARA, Dato’ Sri Azhar Abdul Manaf.

MRSM Bintulu yang dibina dengan kos pembinaan sekitar RM122 juta itu merupakan MRSM keempat di negeri Sarawak (selepas Kuching, Mukah dan Betong) dan dilengkapi dengan prasarana pembelajaran terkini yang seiring dengan perkembangan teknologi semasa.

Kampus ini juga disediakan dengan mempunyai pelbagai kemudahan, termasuk Bangunan Pentadbiran, Blok Akademik, Pusat Sumber, Asrama Pelajar, Pusat Pelajar, Dewan Makan, Dewan Serba guna, Pavilion, Surau, Kediaman Kakitangan, Kediaman Guru, Bangunan Sampingan, dan Kemudahan Sukan. Kemudahan ini telah dirancang dengan teliti demi memenuhi pelbagai keperluan pelajar dan pendidik.

Upacara simbolik penyerahan

MRSM Bintulu berupaya menempatkan seramai kira-kira 450 orang pelajar yang mana ia juga akan memudahkan anak-anak pelajar di kawasan sekitar khususnya dari Bahagian Bintulu, Miri dan Limbang untuk mendapat akses sistem pendidikan MRSM yang telah dikenali antara sistem pendidikan terbaik di negara ini.

PETRONAS sering menjadi rakan kongsi MARA yang antara lain sumbangan mereka ialah dengan memberikan tajaan dan sokongan melalui pelbagai program kepada pelajar terpilih dari keluarga kurang mampu untuk belajar di MRSM di Sarawak.

penubuhan MRSM Bintulu tepat pada masanya kerana Sarawak telah melakukan pelbagai inisiatif untuk transformasi ekonomi digitalnya yang  sebahagiannya merangkumi penyediaan sumber daya manusia Negeri dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan digital dan STEM.

Pembinaan MRSM Bintulu sangat sesuai kerana Bintulu dianggap sebagai pusat kuasa industri Sarawak – sebagai sebahagian daripada Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE). Bintulu juga menempatkan Taman Perindustrian Samalaju dan Kompleks LNG PETRONAS di Tanjung Kidurong.

Modal insan Bintulu akan terus dipertingkatkan dengan penubuhan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Bintulu

Dengan penambahan MRSM Bintulu, belia Bintulu akan mendapat lebih banyak akses kepada pendidikan tanpa harus meninggalkan kampung halaman mereka. Selain MRSM Bintulu,  terdapat beberapa institusi pendidikan dan pengajian lain di Bintulu seperti Pusat Latihan Teknologi Lanjutan (ADTEC) Bintulu, Institut Kemahiran MARA (IKM) dan Kolej Vokasional Bintulu.

Lebih penting lagi, penubuhan MRSM Bintulu seiring dengan usaha berterusan Kerajaan Sarawak untuk meningkatkan kualiti pendidikan Negeri agar dapat memberikan kelebihan yang lebih besar dalam pembangunan modal insan dan seterusnya pertumbuhan sosioekonomi.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article