- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Pusat Teknologi Testbed CRAUN Research Dirasmikan

Must read

Pusat Teknologi Testbed CRAUN Research Sdn. Bhd. telah dirasmikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD), YBhg. Datu Haji Azmi bin Haji Bujang pada 2 November 2023 (Khamis).

Pusat Teknologi Testbed Teknologi Makanan ini dibangunkan untuk menyokong proses peningkatan skala produk dan teknologi baharu yang dihasilkan melalui aktiviti penyelidikan dan pembangunan (P&P).

Upacara perasmian Pusat Teknologi Testbed CRAUN Research Sdn. Bhd. Oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD), YBhg. Datu Haji Azmi bin Haji Bujang pada 2 November 2023 (Khamis) dengan memotong reben

Kajian peningkatan skala dilakukan bagi mencari kaedah untuk meningkatkan kapasiti, efisiensi dan prestasi pengeluaran sesuatu produk atau teknologi baharu.

Testbed Teknologi Makanan turut menawarkan latihan kepada usahawan atau bakal usahawan dalam menghasilkan dan mengeluarkan produk makanan dan minuman yang bermutu dan berkhasiat serta menggunakan teknologi terkini.

Demonstrasi pemprosesan ‘Sarawak Chocolate Chelum’ oleh Cik Adriana binti Mohamad Azaman anak kepada Puan Noor Asmah iaitu salah seorang daripada pemenang Usahawan Inovatif Sagopreneur CRAUN

Sehubungan itu, Kursus Teknologi Pemprosesan Makanan akan mula dilaksanakan pada tahun hadapan melibatkan;

Sarawak Coklat Chelum terdiri daripada lima perisa iaitu Lazeez Spice, Tiong Delite, Tebaloi Crunch, Sagok Pearl dan Blackpeppermint
  1. Kursus teknologi pemprosesan biskut sagu
  2. Kursus teknologi pemprosesan sago combo
  3. Kursus teknologi pemprosesan mi kuning
  4. Kursus teknologi pemprosesan kuey teow
  5. Kursus teknologi pemprosesan keropok lekor

Kursus-kursus tersebut akan dikendalikan secara teori dan amali, di mana peserta kursus akan mendapat khidmat bimbingan teknikal dan latihan secara hands-on serta berpeluang menggunakan mesin dan peralatan moden untuk kemudahan pengeluaran berskala kecil.

Untuk makluman, kursus teknologi makanan yang dikendalikan di Pusat Teknologi Testbed CRAUN Research ini adalah terbuka kepada individu atau kumpulan dan dijalankan selama satu (1) hari.

Demonstrasi penyiapan linut segera oleh Dr Siti Mardinah iaitu salah seorang daripada pemenang Usahawan Inovatif Sagopreneur CRAUN
Sarawak linut segera telah dibangunkan untuk mengekalkan produk tradisi dan warisan ini agar generasi masa kini dapat memperkenalkan produk warisan dari Bumi Kenyalang ke seluruh dunia
Datu Haji Azmi dan tetamu-tetamu yang lain merasakan linut segera yang disajikan oleh Dr Siti Mardinah
Puan Precinia Patrick menerangkan tentang keistimewaan tepung sago premix yang diciptanya. Beliau juga merupakan salah seorang daripada pemenang Usahawan Inovatif Sagopreneur CRAUN
Puan Precinia Patrick menghidangkan kepada para pengunjung ‘chicken pop’ yang telah digoreng menggunakan tepung sago premix

Sempena perasmian pusat teknologi testbed tersebut, tetamu-tetamu kehormat serta tetamu-tetamu yang hadir berpeluang menyaksikan sesi demonstrasi pemprosesan produk makanan berasaskan sago.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article