- Advertisement -spot_img
4,827
published news
and counting

Udang Harimau Baka Bebas Penyakit Spesifik

Must read

Tahun lepas (2005) Malaysia menghasilkan
kira-kira 35 ribu tan metrik udang ternak menjadikan negara ini sebagai
pengeluar utama udang ternak di peringkat global.

Angka ini adalah kira-kira 10 kali ganda
jumlah pengeluaran yang dicatatkan sejak tahun 1992 iaitu sejumlah kira-kira 3
ribu tan metrik sahaja.

Ini yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah
Perikanan Malaysia, Datuk Junaidi Che Ayub yang dipetik daripada BERNAMA.

Datuk Junaidi Bercakap kepada pemberita
selepas majlis tuaian hasil ternakan udang harimau baka bebas penyakit spesifik
(SPF), satu projek kerjasama Jabatan Perikanan dengan Syarikat Black Tiger
Aquaculture Sdn Bhd, di Pusat Penyelidikan Ternakan Air Payau, Gelang Patah, Johor.

Mengulas mengenai udang harimau SPF yang
dituai hari ini, beliau berkata projek berkenaan dianggap satu kejayaan besar
selepas industri ternakan udang harimau menanggung kerugian akibat wabak
penyakit putih pada udang yang diternak sejak sekian lama.

Ternakan udang harimau menggunakan benih
SPF ini mencapai tahap hidup 90 peratus serta tumbesaran baik dan selain
Syarikat Black Tiger Aquacultute Sdn Bhd, Jabatan Perikanan juga mengadakan
kerjasama dengan tiga syarikat lain di Selangor, Pahang dan Melaka.

Katanya sumber pembangunan induk udang
harimau bebas penyakit diberi penekanan dalam penyelidikan akuakultur Rancangan
Malaysia Kesembilan untuk terus meletakkan negara sebagai pengeluar udang
dunia.

"Walaupun
ternakan udang putih eksotik telah dibenarkan, namun dasar kerajaan masih kekal
meletakkan udang harimau sebagai spesies utama ternakan udang laut negara. Kita
seharusnya mengambil kesempatan ini dan perairan laut negara masih mempunyai
sumber induk udang harimau bermutu terutama di Sabah dan Sarawak,"
katanya.
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article