- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Anugerah Inovasi Premier Sarawak Menjadi Milik Lands Tahai Q

Must read

Pada Majlis Anugerah Konvensyen Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak 2023yang berlangsung pada 27 Oktober lepas, Kumpulan Lands Tahai Q dari Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Inovasi Premier Sarawak 2023 dan pemenang kategori Anugerah Inovasi SCSICA Agensi Utama Negeri Sarawak.

Lands Tahai Q telah membangunkan Monitoring System for Survey of Land Acquisition (MOSSLA) dengan kombinasi teknologi web-based untuk kegunaan cawangan penilaian dan survei di pejabat dan offline web apps untuk kegunaan pasukan ukur lapangan.

MOSSLA berfungsi sebagai platform komunikasi antara proses pengukuran dan penilaian pampasan yang saling melengkapi dalam memantau dan mengurus kerja ukur bagi memastikan kejayaan projek pengambilan balik tanah.

MOSSLA telah mengatasi kelewatan kerja ukur melalui transformasi pemantauan secara digital, perkongsian maklumat pemilik dan penuntut tanah dan transformasi borang siasatan digital bagi memudahkan kerja siasatan semasa pengukuran di lapangan.

MOSSLA yang telah dibangunkan oleh kumpulan Land Tahai Q

Teknologi offline web app akan membantu pengisian borang siasatan dengan mudah di lapangan tanpa capaian internet manakala analisa dashboard yang dinamik dan interaktif sebagai ciri utama MOSSLA akan memantau status terkini kerja pengukuran dan projek pengambilan balik tanah secara masa nyata (real time) dan menyeluruh.

Semua maklumat projek seperti output pengukuran dan rekod tuntutan tanah, prestasi kewangan dan fizikal, statistik dan peratusan, sasaran dan prestasi sebenar serta pencapaian dan masalah dalam projek disimpan secara digital memudahkan carian maklumat dibuat.

Penyeragaman MOSSLA ke seluruh Sarawak telah diluluskan dan dimulai dengan sesi pemurnian MOSSLA bersama pihak pengurusan seterusnya sesi jerayawara ke seluruh JTS Sarawak.

Premier Sarawak menympaikan anugerah kepada kumpulan Land Tahai Q yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Inovasi Premier Sarawak 2023

MOSSLA telah mendapat verifikasi daripada pihak bertauliah iaitu SAINS dan Sarawak Multimedia Authority (SMA) yang memperakui bahawa MOSSLA dengan transformasi digital adalah sejajar dengan Inisiatif Sarawak Digital Ekonomi dan Strategi Pembangunan Pasca Covid 19 (PCDS) 2030.

Anugerah Inovasi SCSICA Pihak Berkuasa Tempatan telah dimenangangi Kumpulan Eagle dari Majlis Perbandaran Sibu yang telah mencipta satu alat inovasi untuk menangani masalah tandas awam yang kotor dan berbau kerana tandas awam yang kotor di Sibu boleh menjejaskan imej serta menyebabkan pencemaran udara dan penyebaran penyakit berjangkit.

Anugerah Inovasi SCSICA Pejabat Residen & Daerah dimenangi Kumpulan IPOK dari Pejabat Residen Bahagian Mukah yang telah membangunkan Projek Integrated Social Development Reporting System (INSODERS).

INSODERS bermatlamat untuk wujud sebagai pelantar pelaporan data pembangunan sosial berdasarkan 10 tunjang kesejahteraan sosial Sarawak yang terdiri daripada 15 domain.

Kumpulan NIPSS dari Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu telah memenangi dua anugerah iaitu Anugerah Inovasi SCSICA Agensi Persekutuan dan Anugerah Inovasi Digital.

Sistem yang telah dibangunkan oleh kumpulan NIPSS untuk membantu perekodan data bacaan NILAM murid

Kumpulan NiPSS telah membangunkan sistem web-based yang membantu perekodan data bacaan NILAM murid sekaligus telah meringankan beban guru-guru dalam pengumpulan dan analisis data bacaan murid. Sistem NiPSS menjadikan pengumpulan dan analisis data bacaan murid dengan lebih senang dan efisien.

Anugerah Green Innovation dimenangi Kumpulan Techskap dari Lembaga Kemajuan Bintulu dengan projek bertajuk Penggunaan Planter Box Yang Kurang Efektif Dalam Pelaksanaan Landskap di Bintulu.

Anugerah Inovasi Khas SCSICA dimenangi Kumpulan Be-Tech dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak yang membangunkan projek k-4u iaitu satu mekanisme pelaporan Khidmat Bantu di Rumah (KBDR) yang baharu selari dengan era digital dan ianya memberi impak yang sangat besar kepada petugas KBDR khususnya, seterusnya kepada peningkatan mutu penyampaian perkhidmatan jabatan.

Projek k-4u oleh kumpulan Be-Tech telah memenangi Anugerah Inovasi Khas SCSICA

Anugerah Persembahan Terbaik SCSICA dimenangi Kumpulan Ready Steady Go dari Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MYSED) yang telah menghasilkan produk inovasi dikenali sebagai MYSED Line Maker.

Produk inovasi ini membolehkan proses menggaris padang bola sepak senang dikendalikan dan menjadi lebih efisien selain memudahkan para pengguna untuk membuatkan garisan padang dengan kemas, lebih cepat dan teratur.

Produk inovasi dikenali sebagai MYSED Line Maker telah dibangunkan oleh kumpulan Ready Steady Go dari MYSED

Anugerah Montaj Terbaik SCSICA dimenangi KumpulanSassoku Tech dari Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bahagian Kuching yang telah membangunkan Revenue Monitoring System (ReMS).

ReMS bertujuan untuk memudahkan proses pemantauan lot tanah yang bakal dan telah tamat tempoh matang, bagi tujuan kutipan ansuran premium dan cukai tanah.

Sistem yang dibangunkan telah memudahkan kerja pemantauan dilakukan oleh pegawai di pejabat dan seterusnya kaedah penyampaian notis ditambahbaik bagi membantu meningkatkan pengeluaran notis di lapangan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article