- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Buka Kaunter Pada Hari Sabtu Ikut Keperluan

Must read

Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek
Hassan pada 14 November 2006 dipetik daripada Bernama sebagai berkata langkah
melaksanakanya adalah bergantung kepada keperluan jabatan yang berkaitan.

Berliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan
beberapa Anggota Parlimen di Dewan Rakyat Isnin supaya kaunter jabatan kerajaan
dibuka semula pada hari Sabtu dan waktu makan tengah hari bagi memudahkan orang
ramai berurusan.

Beliau ditemui pemberita selepas melakukan
lawatan kerja sehari ke daerah Pekan pada 14 November 2006.

KSN seterusnya menambah bahawa kerajaan
sebelum ini telah menetapkan hari bekerja bagi jabatan kerajaan hanya lima hari
seminggu yang tidak termasuk hari Sabtu dan telah mengambil beberapa langkah
tertentu berkaitan kepentingan orang ramai.

Antaranya ialah mentetapkan tiga peringkat kerja seperti bermula 7.30 pagi, 8 pagi
dan 8.30 pagi, malah ada jabatan tertentu telahpun membuka urusan kaunter
mereka pada hujung minggu seperti imigresen dan polis.

“Mana yang perlu, kita bukalah, kalau
dibuka semuanya, kembali seperti dulu,” ulas beliau

"Kalau kita buka tapi tidak ada orang
(berurusan) tidak guna juga, jadi jabatan perlulah memikirkan keperluan (dibuka
hari Sabtu)," tambah beliau lagi.

Ketika membahaskan Rang Undang-undang
Perbekalan 2007 bagi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Raja
Ahmad Zainuddin Raja Omar (BN-Larut) berkata sebahagian orang ramai hanya
mempunyai waktu terluang pada kedua-dua waktu itu untuk menyelesaikan urusan
masing-masing dengan jabatan kerajaan.

Antara jabatan yang disebutnya ialah Pihak
Berkuasa Tempatan, Pejabat Tanah dan Daerah, Jabatan Pelesenan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article