- Advertisement -spot_img
4,841
published news
and counting

Projek Pembangunan Semakin Rancak dilaksanakan di Kapit

Must read

Seiring kepesatan pembangunan Bahagian Kapit dengan adanya akses jalan dari Kapit ke Sibu (termasuk Kanowit dan Song) turut menuntut kepada lebih banyak projek pembangunan terutama di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kapit (MDK).

Kawasan pentadbiran MDK yang berkeluasan 138,000 km persegi merangkumi empat (4) daerah iaitu daerah Song, Kapit, Belaga dan Bukit Mabong manakala daerah kecil termasuk Nanga Merit dan Sungai Asap.

Menurut Pemangku Setiausaha Majlis Daerah Kapit, Encik Kelimbik Ak Sibat, sekurang-kurang 50 buah Projek Pembangunan Luar Bandar (RTP) dilaksanakan setiap tahun.

Pemangku Setiausaha Majlis Daerah Kapit, Encik Kelimbik Ak Sibat

Itu belum termasuk projek lain seperti projek rakyat, projek Persekutuan selain projek-projek agensi utama, antaranya seperti Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairan dan Saliran.

Jumlah aliran trafik juga sentiasa meningkat setiap hujung minggu dan hari biasa, bermaksud kerajaan perlu menyedia dan menaik taraf kemudahan awam di kawasan ini.

Ini termasuklah menyediakan pusat riadah, parkir, pusat penjaja malah perancangan jalan alternatif ke Pekan Kapit dan pembinaan Pekan Baru juga perlu difikirkan.

Ia turut memberikan kesan positif dari segi kutipan cukai terutama wujudnya lebih banyak hartanah baharu seperti kedai, perumahan seperti di kawasan sekitar Empangan Bakun, Empangan Murun dan akan datang Empangan Baleh.

Antara projek Pembangunan yang dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia ke-12 di Kapit termasuklah:

  • pembinaan medan selera di Sungai Asap (peruntukan siling RM1.5 juta)
  • kerja-kerja menaiktaraf pasar malam di Belaga (peruntukan siling RM1 juta)
  • pembinaan gerbang pintu Kapit/Song (peruntukan siling RM2 juta)

Manakala bagi Projek Rakyat projek pembangunan yang terlibat ialah :

  • pasar baru kering dan basah di Kapit (peruntukan siling RM5 juta) – telah diserahkan tapak kepada kontraktor yang berjaya pada Mac 2023 dengan tempoh perlaksanaan projek selama 20 bulan
  • pasar hasil hutan di Song (peruntukan siling RM4 juta)
  • menaik taraf Lily Pond (peruntukan siling RM2 juta) dan
  • tebingan Belaga (peruntukan siling RM15 juta)
Kerja-kerja menaik taraf Lily Pond
Jurutera Majlis Daerah Kapit, Encik Mohamad Idris bin Mohamad Ali menerangkan kepada RAKAN Sarawak tentang fasa pembangunan Projek Lily Pond
Tarikan yang terdapat di Lily Pond

Bagi tahun 2021 hingga 2022, terdapat empat (4) projek pembangunan yang telah dilaksanakan di Kapit iaitu :

  • kerja-kerja penambahbaikan parkir bertingkat Kapit (empat (4) tingkat) dengan peruntukan siling RM1.5 juta
  • kerja-kerja penambahbaikan pasar Teresang (peruntukan siling RM1 juta)
  • kerja-kerja penambahbaikan gelanggang Kenyalang (peruntukan siling RM1 juta) dan
  • kerja-kerja penambahbaikan dewan masyarakat Belaga (peruntukan siling RM1 juta)
Pasar Teresang juga telah dinaiktaraf
Kerja-kerja penambahbaikan pakir bertingkat Kapit turut menempatkan gerai-gerai makan

Di bawah Peruntukan Persekutuan pula, terdapat empat (4) projek dengan kos keseluruhan RM1.2 juta melibatkan projek :

  • membina stesen van di Kapit dan Song dan Kapit
  • membina papan iklan LED di Kapit
  • membina tandas awam di stesen van baru Kapit
  • membaik pulih pondok menunggu van di kawasan bandar Kapit dan Song
Papan Iklan LED di Kapit
Pentas kekal terdapat di Kapit Town Square memudahkan penganjuran aktiviti
Tebingan Kapit antara tarikan di Kapit
Menurut Jurutera Majlis Daerah Kapit, MDK turut memastikan kemudahan awam disediakan di kawasan berhampiran dermaga Kapit dan Pekan Kapit

Manakala bagi Kumpulan Wang COVID (KWC) pula, terdapat 11 buah projek dengan peruntukan keseluruhan RM2 juta dengan projek-projek seperti :

  • menaik taraf jalan simpang ke Rumah Paul Kakek, Kapit
  • menaik taraf jalan simpang dari jalan utama Song Logging ke Rumah Laja/Sk Nanga Peraran, Kapit
  • membina baru kaki lima halaman Rh Banau dan Rumah Jimmy Paie, Kapit
  • menaik taraf Jalan Simen Rumah Kaching Nanga Sekedai, Kapit
  • menaik taraf jalan Rumah Melayu, Sg. Tekalit, Nanga Latong Song, Kapit.
  • membina baru jambatan besi Rumah Robert Edmund Ngumbang Nanga Sebatu, Kapit
  • membina baru sistem perparitan di Rumah Austin Rungga Nanga Sepayang Yong Kapit, Kapit
  • menaik taraf tapak Rumah Bilong Sungai Engkatit, Kapit
  • menaik taraf tapak Rumah Landi Sungai Tubu Batang Rajang, Kapit
  • menaik taraf kawasan lapang sebelah Dewan Masyarakat Melayu Kampung Muhibbah, Kapit dan membina baru terminal bas Pekan Song, Kapit.

Secara rumusan, bagi tahun 2021, sebanyak 50 buah projek dengan peruntukan RM7.26 juta, manakala bagi tahun 2022 sebanyak 43 buah projek dengan peruntukan RM7.23 juta dilaksanakan di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP).

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article