- Advertisement -spot_img
4,841
published news
and counting

Hari Governans dan Integriti Kementerian Pengangkutan, Sarawak (MOTS) Bagi Tahun 2023

Must read

Kementerian Pengangkutan, Sarawak (MOTS) telah menganjurkan Sambutan Hari Governans dan Integriti Kementerian Pengangkutan, Sarawak (MOTS) bagi Tahun 2023 pada 13 November 2023 di Kuching.

Antara pengisian bagi program tersebut adalah memperbaharui lafaz dan menandatangani  Ikrar Bebas Rasuah yang diketuai oleh YBhg. Dato Ir. Alice Jawan Empaling, Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan, Sarawak dan disaksikan oleh Penolong Kanan Pesuruhjaya Wan Ahmad Nidzam Wan Omar, Timbalan Pengarah (Pencegahan), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak.

Menurut YB Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak, usaha untuk menjadikan Sarawak maju pada tahun 2030 sesungguhnya memerlukan satu usaha yang lebih jitu dan komited dari semua penjawat awam. Isu-isu rasuah dan korupsi mestilah dielakkan. Jika tidak, inisiatif-inisiatif yang dirancang akan terencat.

Sambutan Hari Governans dan Integriti Kementerian Pengangkutan, Sarawak (MOTS) bagi Tahun 2023 pada 13 November 2023

YB Menteri juga menyeru kepada kesemua kakitangan MOTS supaya menjadikan MOTS sebuah organisasi yang adaptif, sensitif dengan perubahan dan keperluan persekitaran, fleksibel, responsif kepada permintaan pelanggan dan fokus kepada kerjasama merentas hierarki dan birokrasi serta meruntuhkan tembok silo yang mengikat dan menghalang sesebuah keputusan untuk dibuat.

Memperbaharui lafaz Ikrar Bebas Rasuah yang diketuai oleh YBhg. Dato Ir. Alice Jawan Empaling, Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan, Sarawak

YB Menteri berpendapat bahawa agensi Kerajaan tidak boleh ketinggalan di belakang, terutamanya pada zaman perkembangan teknologi yang pesat ini di mana teknologi digital dijadikan sebagai  pemangkin utama penyampaian perkhidmatan hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya untuk meningkatkan kecekapan agensi Kerajaan untuk sentiasa cekap dan pantas dalam pelaksanaan serta mempunyai sikap kesegeraan dalam menyelesaikan masalah atau urusan.

Antara pengisian program bagi Hari Governans dan Integriti MOTS Tahun 2023 adalah Ceramah Pembudayaan Integriti dalam Tadbir Urus Organisasi oleh Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS), Jabatan Premier Sarawak; Penyelewengan & Salah Guna Kuasa di Kalangan Penjawat Awam oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia (SPRM); dan Kesedaran Kesihatan Mental di kalangan Penjawat Awam oleh Hospital Sentosa, Kuching.

Memperbaharui dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah yang diketuai oleh YBhg. Dato Ir. Alice Jawan Empaling, Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan, Sarawak

Majlis tersebut turut dihadiri oleh YB Datuk Dr. Jerip Susil, Timbalan Menteri Pengangkutan, Sarawak (Udara dan Jalan), serta warga kerja Kementerian Pengangkutan Sarawak dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article