- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Insentif Bantuan Pelajar Ditingkatkan Dalam Bajet 2024

Must read

Kerajaan  Sarawak mengumumkan dua (2)  inisiatif  utama iaitu pemberian Baucar Buku RM500 seorang untuk pelajar IPTA dan IPTS Sarawak untuk isi rumah dengan pendapatan per kapita RM1,500 sebulan dan ke bawah.

Pemberian baucer pada tahun hadapan yang melibatkan peruntukan RM17.5 juta  yang akan diuruskan oleh Yayasan Sarawak dengan dijangka memanfaatkan 35,000 pelajar universiti dan kolej.

Manakala bagi inisiatif ke dua, pemberian Komputer riba percuma dengan peruntukan RM15 juta  akan diberikan kepada pelajar Sarawak yang telah berjaya mendaftar ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) untuk isi rumah berpendapatan per kapita RM1,500 sebulan dan ke bawah.

Bantuan tersebut dijangka memanfaatkan 5,000 pelajar dengan memperkasakan pelajar dari segi  teknologi yang diperlukan mereka untuk lebih cemerlang dalam akademik.

Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg mengumumkan perkara ini ketika membentang cadangan Belanjawan 2024 pada pembukaan Persidangan Dewan Undangan Sarawak pada 20 November 2023. 

Peruntukan tambahan ini membolehkan spektrum pelajar yang lebih luas mengakses pakaian dan peralatan sekolah yang penting

Kerajaan Sarawak, jelas Premier Sarawak juga akan menyediakan pembiayaan kepada tiga (3)  lagi skim bantuan yang sedia ada  di bawah Yayasan Sarawak.

Antaranya seperti geran tambahan RM5 juta untuk Program Tuisyen Percuma, bermaksud dengan jumlah tambahan ini, Program Tuisyen Percuma akan menerima pertambahan peruntukan daripada RM10 juta sekarang kepada RM15 juta.

Kumpulan sasaran penerimanya juga jelas Premier Sarawak akan dilanjutkan meliputi Tingkatan 3 hingga Tingkatan 5, sekali gus memperluaskan bilangan pelajar yang layak menerima bantuan tersebut dengan dianggarkan seramai 58,520 pelajar terutamanya daripada isi rumah B40 dijangka mendapat manfaat daripada inisiatif ini pada tahun 2024.

Program tersebut juga akan mengetengahkan inisiatif tambahan sebagai pelengkap term asuk  aktiviti motivasi, komponen pembelajaran pintar, memupuk pendekatan komprehensif untuk peningkatan kecemerlangan akademik

Premier Sarawak turut mengumumkan geran tambahan RM2 juta untuk Program Bantuan Pakaian Seragam Sekolah, bertujuan untuk memanfaatkan tambahan 10,000 pelajar, menjadikan jumlah pelajar dibantu pada 2024 kepada 30,000 pelajar.

Bantuan Pakaian Seragam Sekolah Yayasan Sarawak memberi banyak manfaat kepada pelajar yang kurang berkemampuan

Peruntukan ini jelas Premier Sarawak adalah untuk  membantu meringankan lagi beban kewangan keluarga, membolehkan spektrum pelajar yang lebih luas mengakses pakaian dan bekalan sekolah yang penting.

Peningkatan tersebut menjadikan jumlah peruntukan Program Bantuan Pakaian Seragam Sekolah kepada RM6 juta pada 2024.

Kerajaan Sarawak turut memberikan geran khas RM6 juta kepada Yayasan Sarawak untuk menambah peruntukan sedia ada sebanyak RM3juta untuk meningkatkan program Biasiswa Tempatan dengan menggandakan bantuan sedia ada yang kini  setiap pelajar daripada RM400 ke RM800.

Peruntukan ini bertujuan untuk menangani peningkatan tekanan perbelanjaan harian, memastikan bahawa bantuan kepada pelajar yang memerlukan merangkumi keperluan  penting seperti makanan, alat tulis, kasut dan banyak lagi.

Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Anak Sarawak sedikit sebanyak dapat meringankan beban kewangan pelajar

Langkah tersebut dijangka akan memanfaatkan sejumlah 11,250 pelajar, membuktikan komitmen Kerajaan untuk mengurangkan beban kewangan kepada keluarga rakyat Sarawak terutamanya mereka yang berpendapatan rendah. Terdahulu, Premier Sarawak turut mengumumkan peruntukan RM30 juta  bantuan pembayaran balik Pinjaman Pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)   untuk graduan Sarawak yang telah membayar balik 30 peratus dan ke atas pinjaman PTPTN mereka.Melalui peruntukan diskaun bayaran balik pinjaman sebanyak 30 peratus tersebut sebagai insentif untuk penyelesaian baki pinjaman tertunggak yang setakat ini telah memanfaatkan 22,900 graduan Sarawak.Kerajaan Sarawak turut menyediakan peruntukan RM6 juta untuk Biasiswa Tunku Abdul Rahma, selain geran operasi RM35 juta untuk Universiti Teknologi Sarawak dan  RM5 juta operasi Kolej Laila Taib.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article