- Advertisement -spot_img
4,843
published news
and counting

Tiada Lagi Perkhidmatan Pekerja

Must read

Kerajaan
Negeri telah memutuskan supaya Perkhidmatan Pekerja Bergaji Hari (Sementara) di
bawah Pekeliling Perjawatan Bilangan 24/94 dilanjutkan untuk kali terakhir bagi
tempoh dua tahun mulai 1 Januari 2007 sehingga 31 Disember 2008.

Perkara
itu telah dinyatakan di dalam Surat Pekeliling (Perj. Bil. 21/2006) yang
dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan akan berkuatkuasa mulai 1
Januari 2007.

Berikutan
keputusan itu, bermakna tiada lagi perkhidmatan Pekerja Bergaji Hari dalam
Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak setelah tamat tempoh dua tahun tersebut.

Sehubungan
itu, kelulusan adalah diberi kepada Ketua Jabatan untuk mengeluarkan surat
tawaran pelanjutan Perkhidmatan Pekerja Bergaji Hari (Sementara) di bawah
Pekeliling Perjawatan Bilangan 24/94 berdasarkan bilangan jawatan yang telah
diperakukan.

Ketua
Jabatan juga diingatkan untuk memaklumkan bahawa tempoh perkhidmatan Pekerja
Bergaji Hari (Sementara) di bawah Pekeliling Perjawatan Bilangan 24/94 tidak
akan dilanjutkan selepas tempoh dua tahun tersebut.

Justeru, Ketua Jabatan dikehendaki menyediakan surat
penamatan perkhidmatan kepada mereka tiga bulan sebelum tamat tempoh
perkhidmatan.

Langkah itu bermakna sejumlah
928 orang Pekerja
Bergaji Hari
dari 44 jabatan kerajaan adalah tertakluk kepada keputusan
berkenaan. Bilangan itu adalah berdasarkan jumlah diperakukan oleh Ketua
Jabatan untuk dikekalkan di agensi masing-masing (September 2006).

Jabatan Pertanian mempunyai bilangan teramai iaitu 193
orang, diikuti oleh
Jabatan Tanah Dan Survei seramai 176 orang, Jabatan
Kerja Raya seramai 98 orang dan Jabatan Pengairan Dan Saliran seramai 90 orang.

Sementara itu, berdasarkan maklumat Seksyen Rekod, IT dan HRMIS, terdapat kira-kira 411 Kakitangan
Sementara dalam Perkhidmatan Awam Sarawak yang melibatkan peruntukan kira-kira
RM411,994 sebulan untuk pembayaran gaji.

Pekerja Bergaji Hari (Sementara)

Perkara 31 dalam The
State Public Service General Orders, 1996
menjelaskan bahawa Pekerja Bergaji Hari (Sementara)
tertakluk kepada perkara berikut :

  1. Where it is
    desirable to appoint a person as a temporary officer to any post in the public
    service, the appointment shall be in writing for such period as may be
    specified in his appointment.
  2. A temporary
    officer is required to contribute to the Employees Provident Fund.
  3. All serving temporary officers shall be treated in the
    same manner and under the same terms and conditions of service, perquisites and
    other allowances as accorded to confirmed officers in similar grades, unless
    otherwise specified in their terms and conditions of service:
    Provided that no temporary officer shall be eligible for
    pension privileges.

Sementara istilah perkhidmatan
awam JPA pula menjelaskan bahawa Pekerja Bergaji Hari atau Pekerja Sambilan sebagai

‘Seorang
pekerja yang diambil oleh Ketua Jabatan untuk melaksanakan sesuatu tugas dalam
tempoh tidak lebih daripada setahun tanpa mengisi jawatan. Pekerja tersebut
dibayar gaji mengikut kadar harian. Pekerja sambilan bukan pegawai awam bagi
maksud Perintah Am Bab A 1973. Di samping memperolehi gaji harian, pekerja sambilan juga layak menerima
bayaran insentif, elaun dan kemudahan
tertentu.’

Perkhidmatan Pekerja Bergaji Hari telah diperkenal sejak 19
September 1994 di pelbagai jabatan dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.

Tujuannya adalah bagi memenuhi semua keperluan perkhidmatan
seperti melaksanakan projek-projek pembangunan tertentu dan tiada peruntukan
untuk jawatan tetap. Misalnya, kenderaan telah diperuntukkan tetapi tiada
peruntukan bagi jawatan pemandu kenderaan bermotor.

Tempoh pelanjutan Pekerja Bergaji Hari adalah berdasarkan
perakuan daripada Ketua Jabatan sama ada untuk tempoh satu atau dua tahun.
Bagaimanapun, pelantikan para pekerja di bawah pekeliling itu adalah bertaraf
sementara iaitu dari bulan ke bulan untuk tempoh tidak melebihi satu tahun.

Walau bagaimanapun, semua Pekerja Bergaji Hari
mempunyai pilihan untuk diperakukan untuk mengisi jawatan Tetap atau Tetap dan
Tidak Berpencen (TTP) dalam Perkhidmatan Awam Negeri sekiranya terdapat
kekosongan dan mereka memenuhi syarat-syarat dalam perkhidmatan.

Sungguhpun demikian, pengisian
jawatan adalah bergantung kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (SPAN) sebagai
bidang kuasa melantik. Disebabkan itu, mereka adalah dinasihatkan supaya
mencari peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakan dan kelulusan
masing-masing di tempat lain.

Bilangan Kakitangan Perkhidmatan Awam
Sarawak (orang)*

Jenis Perkhidmatan

Bilangan (orang)

Tetap
10,713 (91.56%)
Tetap dan Tidak Berpencen
396 (3.38%)
Kontrak
133 (1.14%)
Sementara
411 (3.51%)
Kenaikan Gred Secara Sementara
45 (0.38%)
Sangkutan
2 (0.02%)
Jumlah
11,700

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article