- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Komitmen Terhadap Kelestarian Alam Sekitar dan Ekonomi Kitaran

Must read

Agenda mengenai kelestarian alam sekitar seperti termaktub dalam Matlamat Pembangunan Mampan atau Sustainable Development Goals (SDGs) dalam Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) yang diperkenalkan sejak tahun 2016 telah meningkatkan kesedaran masyarakat global untuk dicapai menjelang 2030.

Ia bukanlah perkara baru disebabkan sebelum itu UNGA telah memperkenalkan Matlamat Pembangunan Milenium atau Millenium  Development Goal (MDG) pada tahun 2000, dengan sasaran Agenda 2015.

Dalam industri kelapa sawit, Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) antara agensi utama pembangunan tanah (wujud pada tahun 1976) yang memfokus kepada penanaman kelapa sawit telah awal mengambil inisiatif ke arah kelestarian alam sekitar.

Perkara ini dinyatakan Pengurus Besar SALCRA, Encik Joseph Blandoi ketika ditemu bual RAKAN Sarawak.

Menurut Pengurus Besar SALCRA, Encik Joseph Blandoi industri kelapa sawit yang Sarawak antara yang terawal mempraktikkan kelestarian alam sekitar

Selepas industri perhutanan dan perkayuan,  jelas beliau industri kelapa sawit merupakan salah satu daripada industri yang paling aktif dalam pengurusan alam sekitar terutama isu-isu kelestarian.

Kalau dilihat kepada asas kelestarian tersebut, sebenarnya dalam industri kelapa sawit  bermula pada tahun 2003 apabila wujudnya  RSPO (Roundtable on Sustainable Palm Oil) atas tindak balas kepada seruan global yang mendesak untuk minyak sawit yang dihasilkan secara mampan, meminimumkan kesan negatif  terhadap alam sekitar, hidupan liar dan komuniti tempatan.

Industri kelapa sawit antara industri terpenting Sarawak di Sarawak yang mendatangkan pendapatan bagi Sarawak
Industri kelapa sawit lebih awal mempraktikkan kaedah penanaman secara teres di lereng bukit bagi tujuan menyimpan air untuk mengalakkan pertumbuhan dan mengurangkan hakisan

RSPO (dianggotai oleh golongan penanam)  lebih bersifat di antara golongan peniaga ke peniaga  (business to business) tetapi memberi impak penting ke arah mengesa pematuhan standard kelestarian alam sekitar.Tetapi sebelum kewujudan idea RSPO lagi, industri kelapa sawit antara yang terawal memberi respons pantas sebelum berlakunya  jerebu 1997. Bahkan sebelum tahun 1997 lagi, pertubuhan ahli-ahli perladangan selalu mengadakan persidangan bagaimana untuk meningkatkan industri kelapa sawit dan sudah pun mengutarakan “Pembakaran Sifar” (Zero Burning).

Beralih dalam  konteks di Sarawak pula, menurut beliau Sarawak telah membuat pindaan terhadap Ordinan Sumber Asli Dan Alam Sekitar (Natural Resource Environmental Ordinance (NREO) 1949  dan akhirnya melahirkan penubuhan agensi Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) pada 1994. Sebelum itu, menggunakan Akta Alam Sekitar 1972 (Persekutuan).

Sebaik sahaja, Pindaan NREO ini berkuat kuasa pada tahun 1995, semua program atau projek penanaman baru diwajibkan mempunyai Kajian Alam Sekitar (Environmental Studies) dan ini bermaksud industri kelapa sawit yang dikendalikan SALCRA mempraktikkan usaha ke arah kelestarian alam sekitar se awal tahun tersebut.

Pada tahun 2003, wujudnya RSPO, pada peringkat awal, SALCRA turut terlibat RSPO (terutama pada tahun 2006 hingga 2008) untuk menghasilkan prinsip asas dan kriteria untuk menghasilkan pentaktifan untuk  Malaysia kerana setiap negara tidak sama takrifannya.

Sekiranya ditinjau dari segi industri kelapa sawit ketika itu sudah wujud usaha ke arah ekonomi kitaran (ketika itu belum wujud istilah tersebut), seperti bagaimana memanfaatkan biogas dan  menukar “sisa kepada harta” (waste to wealth).

Malah amalan perladangan seperti penggunaan tandan kosong di sekeliling pokok sawit (walaupun belum ada penyelidikan) ketika itu diguna pakai untuk tujuan pembajaan.

Begitu juga dengan membuat teres di lereng bukit, industri kelapa sawit lebih awal mempraktikkannya bagi tujuan menyimpan air untuk menggalakkan pertumbuhan dan pada masa yang sama mengurangkan hakisan.

Contoh lain seperti menanam tanaman penutup bumi bertujuan mengurangkan hakisan, mengekalkan kelembapan sebab dalam perladangan atau pertanian tiga (3) perkara penting ialah air (kelembapan), baja (kesuburan) dan cahaya (menggalakkan fotosintesis).

Perkara tersebut jelas beliau, perlu disediakan sebelum membuka ladang (di bawah pengurusan operasi ladang). Kemudian beralih  kepada pemprosesan sisa air pula, jelas beliau di bawah penyelesaian persekitaran kelestarian setiap air yang dilepaskan (air kumbahan daripada kilang) akan melewati beberapa tangki takungan untuk diproses (ada dipanaskan) dan dibersihkan sebelum di lepas ke sungai dengan bacaan parameter air Biochemical oxygen demand (BOD)  yang dibenarkan.

Jelas beliau, semua kilang-kilang kelapa sawit di bawah kendalian SALCRA dan termasuk di seluruh Malaysia perlu mematuhi standard Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO)

Kesemua kilang di bawah SALCRA mempunyai pensijilan MSPO

Ketika ditanya apa bezanya RSPO dan MSPO jelas beliau RSPO  (business to business) lebih kepada syarat -syarat  urusan jual beli di antara golongan peniaga manakala MSPO pula suatu undang-undang yang digubal kerajaan Malaysia  yang mesti dipatuhi sebelum lesen diberikan untuk beroperasi.

Disebabkan SALCRA sebahagian daripada agensi kerajaan maka ia terpaksa memperolehi MSPO dan kesemua kilang-kilang telah pun memperolehi pengiktirafan ini pada tahun 2018.

Beralih kepada ekonomi kitaran pula, jelas beliau SALCRA sebenarnya telah pun mula menggunakan slogan tersebut “Sisa Ke Harta” pada tahun 2012 dan memproses isi rong untuk kulitnya (untuk penjana elektrik) dan biji di dalamnya diambil untuk dijadikan minyak yang mempunyai kandungan  beta-carotene di dalamnya

Menurutnya SALCRA pernah menggunakan isi rong (seperti bahan api dijadikan pemanas haba) dimasukkan ke dalam dandang untuk penjanaan bahan elektrik.

Dulu sisa tersebut murah tetapi harganya kini semakin meningkat. Jikalau dijual di luar dapat memberikan pendapatan tambahan kepada kilang.

Palm Fiber Mat atau Tikar Gentian Organik yang dihasilkan oleh Kilang SALCRA di Serian
Cara -cara penggunaan Palm Fiber Mat yang bertindak sebagai merumpai, mengalakkan pertumbuhan dan menjadi baja apabila reput

Teknologi tersebut bergerak semakin jauh sebab ada industri lain di luar telah menghasilkan Tikar Gentian Organik  “fiber mate organic” , tetapi SALCRA belum ke arah itu tetapi bermula kecil dengan saiz lebih kecil seperti karpet organik  dan telah pun bermula di Kilang SALCRA di Serian.

“Karpet” tersebut yang diperbuat daripada sisa kelapa sawit dan tandan buah kosong) dijual pada harga RM4 setiap kaki persegi, kelebihan penggunaannya tidak perlu merumpai dalam tempoh dua (2) bulan dan sekiranya reput akan bertindak sebagai baja organik.

Loji Metana yang dibina di BAPOM (Kilang SALCRA di Bau) untuk memerangkap gas metana daripada dibebaskan ke atmosfera
Palm Oil Mill Effluent (POME) dilengkapi dengan sistem kolam-kolam anaerobic fakulatif dan aerobic untuk merawat effluent/sisa kumbahan sawit kilang

Seterusnya, loji perangkap metana. Apabila kita memproses kelapa sawit, ia akan mengeluarkan air kumbahan yang jika disimpan di kolam-kolam akan menghasilkan gas metana yang kemudian diperangkap.

Menurutnya perancangan asal mereka dulu adalah untuk menjana kuasa elektrik tetapi menukarkan kepada penghasilan gas sebagai bahan bakar. Gas metana berbeza sedikit daripada gas yang lain bila dibakar lebih hitam warnanya.Ini dilakukan di kilang di Bau.

Beliau juga ada mencadangkan sekiranya kerajaan Sarawak boleh mencari kaedah dan cara bagaimana suatu hari nanti kilang yang dimiliki SALCRA (ada 85 buah kesemuanya) jika dikumpul penjanaan elektrik tambahan dan dimanfaatkan oleh   Sarawak.

SALCRA juga menyahut aspirasi Premier Sarawak dan kini sedang berusaha menghasil makanan haiwan berasaskan sisa kelapa sawit.

Setakat ini, jelasnya SALCRA sudah melantik kontraktor untuk membina logi penghancur isi rong atau “Kernel Crushing Plant.”

 Kita akan menghasilkan Palm Expeller yang salah satu bahan diformulasi untuk makanan haiwan dicampurkan dengan nutrien lain seperti rumput dan sebagai yang dirancang dibina di Lubok Antu.

SALCRA jelasnya lagi mempunyai perancangan besar untuk membuat loji yang lebih besar selepas tahun 2026 atau 2027 di Saratok untuk penghasilan makanan ayam, lembu dan khinzir.

Menurutnya dulu, SALCRA sememangnya ada loji pelet perintis tetapi dulu lebih terarah kepada tenaga diperbaharui tetapi kita akan ubah kepada penghasilan makanan untuk menyokong industri penternakan di Sarawak.

Salah satu perancangan masa depan SALCRA dalam beberapa tahun akan datang di Kilang SALCRA Saratok ialah penghasilan pelet atau formulasi makanan haiwan daripada sisa kelapa sawit bagi menyahut cabaran ekonomi kitaran menyokong industri penternakan di Sarawak

Sekiranya tumpuan khusus diberikan ke arah tersebut, dia yakin dalam masa 2 tahun lagi SALCRA berjaya menghasilkan makanan ternakan.

Langkah-langkah SALCRA tadi, jelasnya secara tidak langsung menyokong aspirasi ekonomi kitaran dan ekonomi baru Sarawak, kerana banyak lagi produk hiliran boleh dihasilkan seperti tandan kosong (dijadikan baja), cecair baja (belum lagi ke arah tersebut, menjana kuasa.

Dia mencadangkan agar Kerajaan Sarawak dapat mencari pendekatan terbaik untuk menggalakkan  ekonomi kitaran dengan mewujudkan polisi dan insentif cukai kerana pada masa yang sama membantu mengurangkan import dan mewujudkan keterjaminan makanan.

SALCRA jelasnya akan terus bersama-sama kerajaan Sarawak menyokong ekonomi hijau yang sudah pun menjadikan  kelestarian sebagai budaya dalam organisasinya.

Amalan di SALCRA kini bukan setakat ke arah pemuliharaan alam sekitar tetapi pada masa yang sama turut menyokong ekonomi kitaran.

Berkenaan dengan kemenangan menjadi Johan Anugerah Alam Sekitar Premier Sarawak 2022, beliau berkata bukan kemenangan menjadi matlamat tetapi menjadi perkara kedua kerana kelestarian alam sekitar sudah menjadi amalan di SALCRA.

SALCRA bukan nama baharu menyertai Anugerah Alam Sekitar Premier (PSEA) sejak tahun 2010, ketika itu masih dikenali sebagai Chief Minister Environmental Award (CMEA).

Cabaran pada masa depan, jelasnya adalah dalam pengurusan manusia untuk menerima perubahan tetapi perlu diingat bahawa semua perlu diberikan pendedahan  terlebih dahulu dari aspek kelestarian alam dan juga ekonomi kitaran agar kita dapat bersama-sama mencapai kejayaan organisasi.

Operasi ladang dan kilang juga dipastikan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan undang -undang berkaitan alam sekitar

Kesemua ladang dan kilang sawit SALCRA telah dipersijilkan dengan MSPO sejak tahun 2018 dan secara tidak langsung membantu SALCRA dalam memastikan operasi diurus seiring dengan konsep ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus)

Begitu juga dengan komitmen SALCRA dengan 3 unit telah ditubuhkan iaitu Sustainability Unit (pada tahun 2010), Health and Safety Unit dan Participant Development Unit (pada tahun 1976).

SALCRA juga memastikan setiap projek pembangunan dijalankan dengan pengurusan alam sekitar yang baik di samping menjamin kualiti hidup komuniti sekitar dan hak sosial pekerja di jaga.

Selain itu, elemen integriti dan ketelusan juga ditekankan dalam pengurusan sesuatu projek.

Kolaborasi dan kerjasama dengan organisasi dalam industri, sentiasa menilai semula dan menambah baik SOP dan polisi seiring dengan keperluan industri terkini dan memperluas penggunaan teknologi.

Pada akhirnya, Kelestarian alam sekitar, pada pandangannya mempunyai tiga (3) agenda utama iaitu People (Rakyat), Planet (Bumi/Alam Sekitar) dan Profit (Keuntungan)

Kita telah memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat, membangunkan tanah pada masa yang sama menyelesaikan isu Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) (semua tanah terlibat telah pun disukat dan pada akhirnya keuntungan dalam bentuk dividen dan nikmat pembangunan di kawasan mereka.

Antara pencapaian lain SALCRA berkaitan dengan kelestarian alam sekitar
Menjadi Johan dalam Anugerah Alam Sekitar Premier Sarawak 2022
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article