- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Tandas Awam Akan Diswastakan

Must read

Tandas Awam Akan Diswastakan

Pengabaian aspek kebersihan terutamanya kebersihan tandas pasti menjejaskan usaha kerajaan untuk menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini.

Sudah tiba masanya, kita mengerakkan ia sebagai satu tanggungjawab bersama kerana kita bakal dinilai oleh pelawat dan pelancong asing.

Salah satu penyelesaian yang dijangka dalam menangani masalah tandas awam di negeri tidak lama lagi adalah dengan menswastakan pengurusannya pada masa hadapan, kata Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam, Datuk Michael Manyin anak Jawong.

Menurut beliau, kenyataannya ada asasnya disebabkan keadaan tandas di sesuatu tempat boleh memberi imej negeri secara tidak langsung kepada para pengunjung di samping secara tidak langsung melambangkan keperibadian masyarakat di sesebuah tempat.

"Kita akan mengalakkan penswastaan tandas-tandas awam di negeri ini memandangkan sudah ada pihak yang swasta berminat untuk melabur membina tandas awam di bandar utama di negeri ini”,katanya

Menurutnya, dia yakin keadaan tandas awam akan mencapai tahap yang memuaskan dalam tempoh dua tahun lagi.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pelancaran Sistem Pengredan Standard Untuk Premis Makanan dan Pelancaran Persatuan Tandas Sarawak (STA) di Auditorium Majlis Bandaraya Kuching Selatan baru-baru ini.

Beliau yang juga Pengerusi STA mengakui yang kebanyakan tandas di negeri masih belum mencapai peringkat yang diharapkan.

Bagi mengatasi masalah tersebut pihak Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam (KASKA) akan memperluaskan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan, premis makanan, Persatuan Arkitek Sarawak dan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menjadikan ia lebih berkesan.

Sebagai Menteri yang bertanggungjawab terhadap kerajaan tempatan, beliau berkata kerajaan berhasrat untuk menaiktaraf tandas-tandas yang sedia ada secara berperingkat-peringkat.

Mengenai tindakan penguatkuasaan, lesen premis -premis mkanan tidak akan diperbaharui jika didapati tandas mereka kotor.

Mengulas mengenai penubuhan STA, ia ditubuhkan adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada umum betapa pentingnya memelihara kebersihan tandas awam di negeri ini.

Penubuhan STA juga adalah buktikan kesungguhan Sarawak yang agresif meningkatkan tahap kesedaran terhadap kebersihan tandas di negeri ini.

STA ditubuhkan pada 30 disember 2005, menjadi ahli WTO (Persatuan Tandas Sedunia) yang ke 55.

Info

Sejumlah 2.6 billion penduduk di seluruh dunia masih belum mempunyai tahap kebersihan tandas yang memuaskan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article