- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Sidang Media Sambutan Perayaan Hari Malaysia Ke-50

Must read

Menteri Pelancongan Sarawak YB Datuk Amar Abg Haji Abd Rahman Zohari Tun Abg Haji Openg menunjukkan ‘leaflet’ Sambutan Perayaan Hari Malaysia Ke-50 kepada pihak media ketika mempengerusikan sidang media mengenai sambutan tersebut sejurus selesai Mesyuarat Jawatankuasa Induk Istiadat Perarakan dan Rapat Raksasa sempena Sambutan 50 Tahun Sarawak Merdeka Dalam Malaysia di Pejabat Kementerian Pelancongan Sarawak, Bangunan Baitulmakmur, Petra Jaya, Kuching pada 5 September 2013.

Turut kelihatan ialah beberapa orang ahli jawatankuasa induk, (dari kiri) Menteri Muda Pelancongan Sarawak YB Datuk Haji Talib Zulpilip, ADUN Simanggang YB Datuk Francis Harden anak Hollis dan Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan Sarawak YBhg Datu Ik Pahon anak Joyik.

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun. Bersempena dengan Perayaan 50 Tahun Sarawak Merdeka Dalam Malaysia, sambutan kali ini lebih bermakna apabila DYMM Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong akan mencemar duli menyaksikan Istiadat Perarakan dan Rapat Raksasa yang akan diadakan di sebelah awal pagi di Padang Merdeka, Kuching.  Selain Yang Di-Pertua Negeri, Ketua Menteri dan Menteri-menteri Kabinet Negeri, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri serta beberapa barisan Menteri Kabinet Persekutuan dan isteri masing-masing juga hadir pada acara utama tersebut.

Selain itu, ahli keluarga keturunan Rajah Brooke juga akan hadir pada acara sambutan pada tahun ini.

Seramai lebih 7,000 peserta kontinjen yang terdiri daripada kakitangan Kerajaan, Pasukan Keselamatan, Badan-badan Berkanun, Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Syarikat-syarkiat Swasta dan sebagainya akan menyertai perarakan di samping penyertaan oleh veteran perang dari Commonwealth Arm Forces yang pernah berkhidmat ketika Konfrantasi Gagasan Malaysia.

Dianggarkan seramai 20,000 orang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat akan hadir menyaksikan acara bersejarah tersebut.

Sebelum itu malam ambang Hari Malaysia diraikan dengan Perarakan Kapal Berhias di Tebingan Kuching yang juga dihadiri oleh tetamu-tetamu kehormat. Orang ramai dijemput hadir memeriahkan acara tersebut yang penuh warna warni.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article