- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Ramai Tidak Mengetahui Peranan BBG

Must read

Kurangnya pengetahuan
mengenai BBG (Biro Bantuan Guaman) turut menjadi punca usaha ini kurang
dimanfaatkan oleh penduduk di kawasan luar bandar, kata Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, YB Datuk Seri Mohamaed Nazri Abdul Aziz,

Menurut beliau,
rakyat perlu memanfaatkan matlamat utama BBG yang ditubuhkan sejak tahun 1970,
iaitu membantu penduduk khasnya di luar bandar yang tidak mampu membayar anak
guaman apabila disabitkan dengan sesuatu kesalahan.

Beliau
berkata demikian sewaktu Program Akar Umbi Biro Bantuan Guaman Bersama
Masyarakat di Dewan Sri Buntal, Kampung Buntal pada Mei 2006 yang lalu.

“Kita dapati mereka
tidak tahu saluran untuk mendapatkan bantuan. Disebabkan keadaan itu, ramai
yang tidak bersalah di kalangan yang berpendapatan rendah, apabila dituduh
terpaksa mengaku bersalah disebabkan tidak mampu membayar peguam”, jelasnya

Menurutnya,
melalui BBG, kerajaan akan terus melaksanakan tanggungjawabnya untuk membantu
golongan ini.

BBG,
antara lain turut bertanggungjawab membantu mereka dalam menyelesaikan kes
terutamanya seperti perceraian, pembahagian harta dan beberapa kes jenayah.

Sambil
memuji usaha tersebut, jelasnya ia wajar dicontohi oleh negeri lain yang
sedikit sebanyak usaha tersebut mampu membantu usaha kerajaan memperluaskan
peranan BBG sehingga ke kawasan luar bandar.

Menurut Nazri, langkah
positif tersebut memberinya idea untuk menubuhkan serta memperluaskan usaha
menubuhkan Rakan Biro Guaman di Semenanjung Malaysia dan Sabah.

Mengenai prestasi BBG,
walaupun berhadapan dengan kekurangan kakitangan, ia akan tetap komited
melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Sehingga kini, hanya
terdapat 22 cawangan BBG di seluruh negara yang mempunyai kira-kira 270 orang
kakitangan.

Jelasnya lagi, BBG
hampir setiap tahun, ia menyelesaikan
sebanyak 15,000 kes hingga 17,000 kes yang berdaftar.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article