- Advertisement -spot_img
4,827
published news
and counting

Pembangunan Infrastruktur di Bintulu

Must read

Bahagian Bintulu, yang bakal dibangunkan menjadi
sebahagian daripada pemangkin ekonomi untuk wilayah Tengah melalui pengwujudan
Koridor Pembangunan Wilayah berdepan dengan cabaran yang besar dalam
pembangunan ekonomi dan
infrastrukturnya.

Koridor Pembangunan Wilayah Tengah yang meliputi
kawasan dari Similajau di Bahagian Bintulu menganjur sehingga ke Tanjung Manis
di Bahagian Mukah memerlukan sokongan infrastruktur yang terbaik bagi memenuhi
keperluan penduduknya sendiri dan juga keperluan industri yang berkaitan.

Dengan sumber asli yang kaya, seperti tenaga hidro
(akses terdekat ke Bakun), bahagian itu mampu menambahkan lagi sumber tenaga
yang diperlukan oleh industri yang berkaitan di bahagian tersebut. Antaranya
ialah kilang melebur aluminium di Similajau, pembangunan tenaga hidro di Murun
dan Baleh, aktiviti hiliran kelapa sawit, penghasilan Kilang Baja Kompaun NPK
(Nitrat, Potesium dan Kalium (NPK) di Tanjung Kidurong untuk pembekalan baja
bermutu tinggi untuk estet kelapa sawit.

Pembangunan jalan persisir Jalan Tanjung Kidurong
/Kuala Suai/Kuala Niah/ Kuala Sibuti/ Bakam sejauh 178 km dilihat salah satu
strategi kerajaan untuk merapatkan jurang ekonomi antara kawasan bandar dan
luar bandar.

Tempias ekonomi daripada pembinaan jalan ini,
melahirkan usahawan persisir yang turut menyaksikan lebih banyak kawasan baru
dibuka untuk tujuan pembangunan serta tarikan pelancongan.

Ia mampu meningkatkan pertumbuhan ekonomi beberapa
buah kampung yang terletak sepanjang jalan yang dahulunya sukar untuk
dihubungi.

Contohnya perkampungan masyarakat kedayan Kampung
Nyalau sebelum jalan persisir ini siap dulunya terpaksa meredah beberapa buah
estet kelapa sawit yang perjalananannya mengambil masa selama dua (2) hingga ke
tiga (3) jam dari bandar Bintulu. Namun, setelah siapnya jalan persisir,
perjalanan ke perkampungan tersebut hanya mengambil masa kurang dari satu (1)
jam.

Malah beberapa jalan negeri dan jalan persekutuan
(sekitar Bandar Bintulu) yang sedia ada turut dinaiktaraf
. Selain projek
jalan persisir, jalan utama yang kini memudahkan lingkaran perhubungan ke
Bintulu ialah jalan Tanjung Kidurong, Jalan Bintulu / Miri, jalan Bintulu /
Sibu manakala jalan ke kawasan pedalaman ialah jalan masuk ke penempatan Sungai
Asap dan jalan masuk ke empangan Bakun.

Selain itu, pembangunan infrastruktur lingkaran
jalan luar bandar, hampir semua 80 peratus kawasan perkampungan dan rumah
panjang di bahagian ini boleh dihubungi menggunakan jalan raya .

Manakala beberapa jalan dihubungkan terus dengan kawasan bandar, antara
jalan yang telah dibangunkan meliputi jalan Nyabau, jalan Sibiew, jalan Spadok,
jalan Kampung Jepak, jalan Kuala Segan, jalan Ulu Segan /Ulu Sebauh, jalan
Kuala Setiam, jalan Tatau/ Kuala Setiam/ Kampung Jepak, ,jalan Rumah Gramong,
jalan Ke Samarakan, jalan Ulu Spur Ulu Sebauh, jalan Sebaun, jalan Sebauh
Pandan, jalan Ulu Sebungan, jalan Ulu Sebauh/Ulu Sekabai dan jalan Pandan / Labang.

Beberapa jalan lain turut dirancang bagi
melengkapkan lagi jaringan pengangkutan darat ini seperti jalan Kuala Tatau,
jalan Baru Sebauh (dari persimpangan
Jalan Kampung Jepak) , jalan Ulu Pandan
dan jalan Rh Philip/ Rumah Assu/ Rumah Bom.

Kerajaan sentiasa mencari jalan penyelesaian terbaik
bagi memenuhi keperluan penduduk bukan sahaja di bandar malah juga di kawasan
luar bandar. Masalah bekalan air yang sering dialami oleh kebanyakan penduduk
di luar bandar sekitar kawasan Sebauh kini dijangka akan berakhir.

Perkara gembira tersebut telah diumumkan Menteri
Kemudahan Awam, YB Dato Sri Haji Awang Tengah Ali Hassan sewaktu Ucapan
Penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri pada November 2006 yang
lepas.

Kerajaan negeri, jelas beliau akan memperuntukkan
RM20 juta di bawah dana Kerajaan negeri untuk pelaksanaan projek Bekalan Air
Sebauh Fasa II dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK 9), melibatkan
penyambungan bekalan air ke Ulu Sebauh dan kawasan di sekitar Sebauh melalui
Sistem Bekalan Air Bintulu.

Mengenai keperluan industri, pembinaan empangan
Kelalong yang merupakan sebahagian daripada projek utama berakhirnya dalam
Rancangan Malaysia kelapan (RMK8), diharap dapat menampung keperluan domestik
dan industri di Bahagian Bintulu.

Secara keseluruhan setakat ini, bekalan air yang
dinikmati penduduk di Bintulu datangnya dari Loji Rawatan Air (LRA) seperti LRA
Kuala Tatau, Stesen Peningkatan Kuasa Pandan (Pandan Booster Station), LRA Air Labang, LRA Tubau , LRA Sebauh, LRA Air Sangan dan LRA Tukau.
Kesemuanya membekalkan kapasiti 0.65 MLD sehari.

Pada penghujung RMK8, antara projek utama yang
dilaksanakan di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) Bintulu ialah penggantian
jambatan yang uzur antaranya melibatkan empat (4) projek penggantian jambatan
melibatkan tiga (3) di daerah kecil Sebauh dan sebuah di Tatau.

Projek penggantian jambatan tersebut melibatkan
penggantian jambatan Sungai Sibiew 5 (36 meter), jambatan Sungai Sebangat (26
meter), jambatan Sungai Selezu (26 meter) dan jambatan Sungai Jantan (Tatau (28
meter).

Beberapa projek yang melibatkan kemudahan bagi
penduduk yang masih menjadikan pengangkutan sungai sebagai medium pengangkutan
utama mereka. Kerajaan telah membina projek-projek waf/jeti /dinding sungai
untuk kemudahan mereka.

Projek seperti pangkalan nelayan R.C Kuala Tatau, Dermaga
Pontun RC (berhampiran Hospital Bintulu, Dinding Sungai Kampung Dagang (Tatau)
dan dinding Sungai Sibiew (melibatkan 2 (dua) fasa, fasa pertama sepanjang 64
meter dan fasa kedua sepanjang 56 meter), ternyata banyak memanfaatkan golongan
tersebut.

Kemudahan asas bagi kawasan di luar bandar juga
tidak diabai. Malah projek kompleks Sukan Bakun (Sungai Asap), telah
menyediakan kemudahan asas kepada penduduk walaupun jauh di pedalaman.

Dua (2) projek besar di bawah penyediaan JKR Projek
pembinaan bangunan baru juga rancak dilaksanakan antaranya ialah projek membina
bangunan tambahan Pejabat Residen dan Pejabat Daerah Bintulu dan pembinaan
bangunan Pejabat Agama Islam dan Mahkamah Syariah Bintulu yang dijadualkan siap
sepenuhnya berakhirnya tahun 2006.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article