- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Kenali Daerah Subis

Must read

Daerah Subis atau lebih dikenali sebagai Daerah Bekenu meliputi kawasan seluas 916 kilometer persegi dengan jumlah penduduk seramai 57,286 orang (data 2020 yang telah dikemaskini pada 25 Oktober 2022).

Daerah Subis dapat dihubungi terus melalui perjalanan darat selama lebih kurang 45 minit dari Bandaraya Miri iaitu 48 km jika melalui jalan persisir pantai dan 68 km jika melalui jalan Bintulu-Miri.

Daerah Subis yang mempunyai sebanyak 109 jumlah kampung yang berdaftar juga boleh dihubungi melalui jalan sungai melalui laut daripada Miri dengan memakan masa selama dua hingga tiga jam, namun kini alternatif ini sudah jarang digunakan.

Pecahan penduduk Daerah Subis mengikut komposisi kaum ialah Iban seramai 33,456 (58.4%), Bumiputera lain seramai 10,598 (18.5%), Melayu seramai 8,822 (15.4%), Cina seramai 2,635 (4.6%), Melanau seramai 802 (1.4%), Bidayuh seramai 401 (0.7%), India seramai 57 (0.1%) dan kaum-kaum lain sebanyak 515 (0.9%).  

Daerah Subis ini merupakan antara lokasi persinggahan popular sebelum meneruskan perjalanan ke Suai, Niah dan Bintulu.

Secara amnya, Daerah Subis terkenal dengan tanaman kelapa sawit yang merupakan mercu tanda daerah kecil ini, dan juga terkenal dengan hasil produk sungai dan laut, sayuran hutan, buah-buahan yang segar dan menyihatkan.

Daerah Subis mempunyai banyak tempat tarikan pelancongan seperti Pantai Tanjung Bungai, Pantai Peliau, Pantai Tusan, Miri Sibuti Coral-Reef, Taman Negara Lambir dan Taman Negara Niah yang menempatkan Niah Great Cave, Painted Cave dan Bukit Kasut.

Tebingan (waterfront) sungai Sibuti yang terletak bersebelahan dengan Pasar Malam Bekenu menyediakan kemudahan rekreasi kepada penduduk di Daerah Subis
Pantai Bungai yang berjarak antara 46-50km dari Bandaraya Miri terletak dalam daerah Subis dan perjalanan mengambil masa selama 40 minit hingga 50 minit dari bandaraya Miri
Pantai Bungai dilengkapi dengan pelbagai infrastruktur bagi keselesaan para pelancong yang datang berkunjung
Pantai Tusan yang terletak di Daerah Subis sering menjadi sebutan umum kerana keunikan pemandangan yang terhasil dapat menggamit ramai pengunjung untuk merasai sendirifotografi untuk mengambil gambar kerana mempunyai landskap yang menarik. –foto BERNAMA

Pengunjung yang ingin bermalam di Daerah Subis ini juga boleh tinggal di Inap Desa seperti Bungai Lodge, Peliau, Tusan Dabai Homestay, Dewan Homestay Kedayan, Kuala Sibuti, Izara Homestay Kuala Sibuti dan Rumah Panjang Patrick Libau.

Daerah Subis turut dilengkapi dengan agensi-agensi kerajaan seperti Majlis Daerah Subis, Pejabat Daerah Subis, Jabatan Pertanian, Jabatan Pendaftaran, Jabatan Pengaliran dan Saliran, Jabatan Hutan, Jabatan Kerja Raya (JKR), Polis Diraja Malaysia, Pejabat Pelajaran Daerah Subis dan sebagainya.

Majlis Daerah Subis telah ditubuhkan sejak tahun pemerintahan British Koloni pada tahun 1953 yang berperanan di bawah kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Pembangunan pendidikan tidak ketinggalan di Daerah Subis kerana ia turut dilengkapi dengan Pejabat Pendidikan, sekolah rendah dan sekolah menengah
Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) telah memberi banyak manfaat kepada penduduk di Daerah Subis dalam memudahkan urusan harian mereka
Perkhidmatan bank bergerak Bank Simpanan Nasional (BSN) telah memudahkan penduduk di Daerah Subis melakukan transaksi kewangan mereka

Di samping itu, Daerah Subis ini juga mempunyai kemudahan kesihatan dengan adanya sebuah klinik desa iaitu Klinik Kesihatan Sibuti yang sentiasa memberikan perkhidmatan kepada penduduk.

Antara kegiatan ekonomi yang dijalankan di daerah Subis ialah pertanian, perladangan, pelancongan, nelayan, peruncitan dan berniaga secara kecil-kecilan.

Pusat Aktiviti Belia Sibuti (PABS) yang berada di bawah seliaan Majlis Daerah Subis telah dilancarkan pada tahun 2020
Difahamkan setiap malam hujung minggu bermula pada hari Jumaat, Sabtu, dan Ahad, Pasar Malam Bekenu akan dihiasi dengan suasana gerai makan yang terletak di hadapan Esplanade Bekenu
Kedai yang paling terkenal iaitu MR DIY turut wujud di Daerah Subis
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article