- Advertisement -spot_img
4,835
published news
and counting

Taman Pertanian Teliti Aspirasi Sarawak Perkasa Sektor Pertanian

Must read

Projek Taman Pertanian Teliti amat penting untuk dilaksanakan kerana ia dijangka akan menarik penglibatan besar belia dan usahawan tani di kawasan berkenaan serta di negeri ini untuk menceburi diri dalam bidang pertanian berteknologi tinggi.

Kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan sebanyak RM60 juta untuk melaksanakan projek Taman Pertanian Teliti atau ‘Precision Farming Park’ di Sungai Sebiew (Bintulu) dan di Kabuluh (Miri).

Pembangunan projek tersebut akan bermula dalam tahun 2024, kata Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg semasa membentangkan Belanjawan Negeri 2024 dalam Persidangan Hari Pertama Mesyuarat Kedua bagi penggal kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 pada November tahun lepas.

Baca lanjut : Pembangunan Projek Taman Pertanian Teliti Sungai Sebiew

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article