Kerajaan Sarawak menerusi Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) komited hendak mengubah sektor pertanian di Sarawak menjadi sektor berasaskan teknologi dengan membangunkan Taman Teknologi Agro (SARTECH).
SARTECH yang dibangunkan oleh M-FICORD ini dijangka akan terus memberi sumbangan yang ketara dalam mentransformasikan pertanian tradisional di peringkat serantau dan antarabangsa.
Secara dasarnya, penubuhan SARTECH ini adalah untuk menyediakan tempat pembelajaran aktiviti pertanian dan penternakan dan dihasratkan untuk merangsang penglibatan pengusaha yang berpotensi untuk menceburi bidang pertanian dan penternakan.
Baca lanjut : Mengubah Pertanian Sarawak Jadi Sektor Berasaskan Teknologi