- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Panduan Pengurusan Kewangan yang Berhemat

Must read


Dua perkara yang perlu diambil perhatian dalam mencapai matlamat dalam pengurusan kewangan ialah ‘falsafah’ dan ‘nilai’.

‘Falsafah’ ialah set kepercayaan dan pandangan hidup yang akan mempengaruhi tingkah laku, sementara ‘nilai’ ialah tingkah laku yang profesional dan beretika.

Falsafah dan nilai itu akan mengukuhkan tindakan serta keputusan tentang jenis matlamat yang ingin dicapai dalam hidup.

Dengan falsafah dan nilai yang kukuh di dalam diri, seseorang itu tidak akan cenderung mengubah matlamat peribadi dan hidupnya dalam jangka masa yang panjang.

Ia kerana perubahan dalam matlamat berkenaan boleh mengganggu pengurusan kewangan seseorang individu.

Sehubungan itu, adalah penting bagi seseorang merancang matlamat mereka untuk jangka masa pendek dan panjang.

Perancangan sedemikian akan memudahkan mereka untuk mengenal pasti jumlah kewangan yang diperlukan untuk mencapai matlamat hidup mereka.

Di samping itu, aliran kewangan atau perbelanjaan juga harus diteliti supaya ia mencukupi untuk melaksanakan segala aktiviti yang dirancangkan untuk mencapai matlamat hidup.

Namun, walaupun telah merancang manusia kadang-kadang tidak terlepas daripada kekusutan kewangan. Dalam situasi seperti itu, matlamat harus disenaraikan mengikut keutamaan.

Semua individu juga harus lebih berhati-hati dalam urusan kawalan perbelanjaan pendapatan dengan mengekalkan simpanan kewangan untuk keperluan pada masa di luar perancangan.

Walaupun wang bukanlah segala-galanya, namun kegagalan untuk menguruskan kewangan dengan baik dan teratur boleh mendatangkan masalah kepada diri sendiri serta keluarga.

Taklimat ini memberi peluang supaya semua kakitangan dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pengurusan kewangan agar semua orang dapat.

ke artikel asal

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article