- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

76 CeIO Perkhidmatan Awam Sarawak Terima Tauliah

Must read

Seramai 76 pegawai Perkhidmatan Awam Sarawak telah menerima pentauliahan Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) sempena Majlis Konvokesyen Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) kali ke-10 di Dewan Tun Hussien Onn, World Trade Centre Kuala Lumpur.

Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali hadir bagi merasmikan Majlis Konvokesyen Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) kali ke-10 ini. Turut hadir bersama adalah Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam bin Baki dan juga Pengarah Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak, YBhg.Tuan Haji Semawi bin Haji Mohamad.

Pentaulihan seramai 481 peserta yang terdiri daripada pegawai sektor awam (Kementerian, Badan Berkanun, agensi kerajaan), Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan sektor swasta turut dianugerahkan Sijil Pentauliahan CeIO.

Dalam ucapan alu-aluan, YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam bin Baki, telah menzahirkan terima kasih kepada  Kerajaan Sarawak dan beberapa agensi lain yg mempunyai inisiatif bagi mengadakan ‘inhouse training’ bagi Program CeIO ini dengan kerjasama Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA). Adalah diharapkan Pegawai CeIO yang ditauliahkan akan memberi impak kepada pembudayaan integriti, tatakelola yang baik dan pencegahan rasuah di organisasi masing-masing bagi menjadikan Program CeIO ini kekal relevan dan signifikan di masa akan datang.

Sumber : UNION Sarawak

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article