- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

IBS Percepat Pembinaan Rumah Mampu Milik Berkualiti

Must read

Sistem Binaan Berindustri (IBS) adalah sistem atau kaedah pembinaan bangunan yang mana komponennya dihasilkan di dalam keadaan terkawal (di kilang atau di tapak bina), diangkut dan dipasang dalam kerja pembinaan dengan penggunaan pekerja yang minimum di tapak.

IBS menjadi pilihan berbanding kaedah conventional dalam pembinaan sesebuah bangunan berdasarkan faktor-faktor seperti tempoh penyiapan sesuatu bangunan itu lebih pendek, kualiti yang konsisten, mengurangkan penghasilan sisa binaan, dan mengoptimumkan penggunaan bahan binaan

Di samping itu juga turut menyokong garis panduan kerajaan dalam menyasarkan pencapaian minimum 70% penggunaan IBS dalam kontrak Kerajaan, meningkatkan aspek keselamatan dan kebersihan di tapak binaan, mengurangkan impak cuaca yang menghalang kerja-kerja pembinaan dan mewujudkan peluang kerja berkepakaran tinggi dengan gaji yang lumayan.

Bagi Sarawak, perasmian Kilang IBS LCDA CTR Technology Sdn Bhd (LCTSB) di Sejingkat (sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) pada 5 Februari 2024 dapat merealisasikan usaha kerajaan Sarawak untuk mempercepatkan pembinaan  rumah berkualiti dan mampu milik di Sarawak.

Kilang IBS milik LCTSB adalah sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang dibentuk melalui kerjasama LCDA Real Estate Sdn Bhd (LRESB) dan CTR Prefab Technology Sdn Bhd (CTR). 

Kerajaan Sarawak membelanjakan RM29 juta untuk membangunkan kilang  (IBS) bertujuan untuk mempromosi dan mempertingkatkan penggunaan IBS bagi pembangunan projek-projek hartanah dalam Kumpulan Syarikat LCDA dan negeri Sarawak.

Inisiatif tersebut di lihat selari dengan usaha-usaha kerajaan untuk merancakkan lagi pembinaan pembangunan projek-projek perumahan dan memenuhi permintaan terhadap rumah-rumah mampu milik di Sarawak. 

Pada perkara berkaitan, ketika merasmikan kilang tersebut Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg yakin Sarawak  mampu menghasilkan kira-kira 500 hingga 600 unit rumah setiap tahun.

Menurut Premier Sarawak lagi, Kerajaan akan mengguna pakai sistem IBS untuk projek perumahan campuran di Jalan Depo, Samariang dan skim pembesaran kampung (SPK) luar bandar di Tambirat, Kabong, Matu, Sibu, Miri  dan Kapit.

Beliau turut mencadangkan supaya kilang IBS yang serupa turut dibangunkan di kawasan pertengahan Sarawak bagi membekalkan komponen ke kawasan sekitar khususnya dengan pembangunan rancak di Limbang, Lawas, Miri dan Bintulu.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article