- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Berikan Perkhidmatan Terbaik dan Berkualiti

Must read

Tuntutan keadaan yang semakin mencabar ditambah pula dengan kehendak pelanggan yang semakin komplek, turut mempengaruhi corak dan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan pada peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

Malah, bagi memenuhinya PBT perlu melihat semula adakah perkhidmatan yang disediakan menepati keperluan pelanggan selaras dengan matlamat akhirnya iaitu menyediakan perkhidmatan terbaik dan berkualiti kepada pelanggan.



Mengambil kira perubahan semasa, adalah penting PBT proaktif dan berani mengambil beberapa pendekatan dalam usaha melakukan penambahbaikan ke atas kualiti perkhidmatannya.

Demikian antara saranan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datu Wilson Baya Dandot ketika mempengerusi Mesyuarat PBT Bil.1/2007 di Sematan Mei 2007 yang lalu.

Menurut beliau, beberapa aspek antaranya jalinan kerjasama PBT dengan sektor swasta, komuniti malah insitutusi lain (bukan kerajaan) juga perlu ditingkatkan.

Ini menurutnya penting bagi memastikan segala program mencapai matlamatnya yang ditetapkan seta mendatangkan manfaat kepada masyarakat amnya dan golongan sasar khasnya.

Di samping itu, beberapa penambahbaikan lain seperti penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) perlu digunakan sepenuhnya dalam pentadbiran dan pengurusan, pemantauan dan proses membuat keputusan.

Katanya lagi, tahap dan kualiti perkhidmatan yang disediakan hendaklah mesra-pelanggan dengan gambaran sikap pekerja yang mudah didekati dan membantu perlu sentiasa ditonjolkan.

Selain itu, program “turun padang” juga penting bagi menerima maklum balas daripada pelanggan atau komuniti dalam kawasan pentadbiran mereka.

Bagi meningkatkan keberkesanannya, PBT bukan sahaja menjadikan terletak kepada kecekapan penyampaian perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan tetapi sesebuah organisasi itu harus juga cemerlang dalam pengurusan organisasi dalamannya.

Ini termasuklah inisiatif kualiti yang berterusan di samping pelbagai usaha untuk meningkatkan imej organisasi tersebut.

Beliau turut menambah bahawa suasana kerja yang baik dan kondusif di kalangan pekerja pastinya dapat menyumbang kepada peningkatan produktiviti organisasi.

Jelas beliau, terdapat PBT yang boleh dijadikan penanda aras (benchmark) pada beberapa aspek antaranya aspek kebersihan, jalinan kerjasama dengan sektor swasta, aspek pengindahan dan lanskap dan sebagainya.
Sehubungan itu, katanya lagi, jalinan kerjasama di antara PBT juga perlu ditingkatkan bagi mempelajari rahsia kejayaan PBT yang telah berjaya.

Dalam mesyuarat tersebut, sebanyak 4 (empat) taklimat telah disampaikan yang melibatkan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Majlis Luar Bandar Sibu dan Majlis Daerah Lawas.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article