- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Strategi Berkesan Jayakan IMP3,

Must read


Strategi dan persiapan rapi yang telah digariskan, bagi meningkatkan daya saing negeri ini untuk merealisasikan matlamat negara seperti yang dalam Pelan Induk Perindustrian Ke-3 (IMP3), kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam

Antara tumpuan utama, jelasnya ialah kepada beberapa jenis industri yang memiliki kekuatan serta berpotensi untuk dimajukan dengan meningkatkan nilai tambah sumber yang ada dan berasaskan tenaga.

Menurutnya lagi, sejajar dengan matlamat asal IMP3, Sarawak mensasarkan pembangunan enam (6) jenis industri berasaskan bukan sumber, enam (6) industri berasaskan sumber dan lapan (8) lagi berasaskan perkhidmatan subsektor.

Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan penutupan Taklimat "Pelan Induk Perindustrian Ketiga (IMP3) Malaysia" anjuran Kementerian Pembangunan Perindustrian Sarawak dengan kerjasama Sarawak Development Institut (SDI) Julai 2007 baru-baru ini.

Mengenai usaha yang telah dilaksanakan Sarawak, jelasnya sehingga kini kerajaan negeri telah membelanjakan sejumlah RM2 bilion untuk merancang dan menyediakan prasarana berkaitan.

Bagi industri bukan sumber tumpuan terhadap pembangunan elektrik dan elektronik, jentera dan kelengkapan, peralatan perubatan, logam dan peralatan, tekstil dan pengangkutan dan kelengkapan.

Untuk mencapainya, beberapa strategi telah diatur bagi menggalakkan pembangunan elektrik dan elektronik di Sama Jaya di samping meningkatkan industri berintensifkan tenaga seperti penghasilan keluaran logam melalui projek aluminium.

Jelasnya lagi, Unit Perancang Negeri (SPU) telah diberi tanggungjawab untuk menjalankan kajian mengenai potensi mengenai industri berintensifkan tenaga di negeri ini.

Katanya, bagi industri berasaskan sumber, negeri ini mensasarkan pembangunan seperti petrokimia, getah dan produknya, farmaseutikal, industry berasaskan kelapa sawit, produk perkayuan dan pemprosesan makanan.

Menurutnya, dalam industri petrokimia akan ditingkatkan lagi dengan kerjasama dengan pengerak utama seperti Petronas menggalakkan lebih banyak industri berkaitan petrokimia dan petroleum diwujudkan di Sarawak.

Pembangunan industri berasaskan sumber turut meliputi usaha meningkatkan nilai tambah produk berkaitan sawit dan produk hilirannya. Keadaan ini turut disokong dengan peningkatan keluaran kawasan tanaman kelapa sawit yang disasarkan mencapai 1 juta hektar menjelang tahun 2010.

Di bawah industri berasaskan sumber, turut ditingkatkan ialah produk berasaskan kayu. Ini boleh dicapai melalui peranan STIDC (Perbadanan Pembagunan Kemajuan Kayu Sarawak) terutamanya di Zon Pemprosesan Kayu di Tanjung Manis di samping kerajaan turut mengalakkan program penanaman semula hutan dengan teknologi terkini.

Tumpuan turut diberi kepada aspek pemprosesan makanan dengan sasaran kepada produk halal. Pendekatan ini turut seiring dengan usaha ke arah peladangan komersil dan peladangan moden di bawah Konsep Agropolis.

Manakala bagi industri perkhidmatan subsektor tumpuan terhadap perkhidmatan profesional dan perniagaan, pendidikan dan latihan, logistik, pembinaan, ICT, penjagaan kesihatan, perdagangan pengedaran dan pelancongan.

Melalui industri perkhidmatan tersebut, kerajaan akan terus terlibat dan menyokong dalam sub-sektor pendidikan dan latihan, ICT dan penjagaan kesihatan manakala sektor swasta digalakkan dalam logistik perdagangan pengedaran dan pelancongan.

Beliau yakin strategi ini dapat mencapai objektif pembangunan IMP3 di negeri ini.

Kejayaan akan terus diperkukuh dengan disokong dengan kerjasama kerajaan persekutuan, melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan agensi di bawahnya bagi meningkat beberapa insentif lain.

Jelasnya lagi, beberapa usaha peningkatan perlu dilaksanakan antaranya peningkatan prasarana, penggunaan teknologi, pelaburan dalam aspek kualiti dan pembangunan modal insan.

Berdasarkan pencapaian lepas dan prospek masa hadapan, menurut beliau sektor pembuatan dan sektor perkhidmatan akan terus menjadi penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri ini.

Tambah beliau, beberapa kumpulan dan kluster industri telah dikenalpasti, antaranya seperti industri berintensifkan tenaga di (Mukah dan Bintulu), kluster berkaitan Kelapa Sawit (Tanjung Manis dan Senari), industri pemprosesan kayu (Kuala Baram, Tanjung Manis dan Kota Samarahan).

Info

• Berdasarkan laporan Pembangunan Industri di Sarawak, Keluaran Dalam Negara Kasar (KNDK) mengikut negeri bagi tahun 2005, Sarawak berada pada kedudukan ke-5 selepas Pulau Pinang dengan nilai RM 21.1 billion dengan menyumbang 8.1% dalam tahun tersebut.

• Jumlah projek yang diluluskan dalam sektor perkilangan pula di antara tahun 1996 hingga April 2007, Sarawak berada pada kedudukan ke-4, dengan jumlah projek 395 yang bernilai RM3.3 bilion.

• Bagi tempoh 1996 hingga April tahun ini (2007), Sarawak telah berjaya menarik pelaburan asing dalam sektor pembuatan berjumlah RM11,671.5 juta dari tujuh (7) buah negara.

• Bagi tempoh 1996 hingga April tahun ini, kawasan pelaburan utama di negeri ini ialah Bintulu, Muara Tabuan, Estet Perindustrian Kemena, Kuching, Estet Perindustrian Sejingkat, Sibu, Kuala Baram, Miri, Estet Perindustrian Ringan Kidurong dan Estet Perindustrian Pending.


Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article