- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Gerakan Koperasi…

Must read

Sarawak Belum Capai Kedudukan Yang Dimahukan

Kiri: Datuk Peter Nyarok merasmikan Pelancaran Hari Koperasi Negara Kali Keempat Peringkat Negeri Sarawak. Di sebelah kanan ialah Tuan Haji Musa Bin Nasri, Pengarah JPK Sarawak

Kanan: Meneroka perniagaan Stesen minyak…langkah Koperasi Saratok Berhad harus diberi pujian

Sektor koperasi telah diiktiraf sebagai penggerak dan penyumbang kepada pembangunan ekonomi negara bersama-sama sektor awam dan swasta.

Itu menunjukkan bahawa pihak kerajaan telah meletakkan harapan yang cukup tinggi kepada sektor koperasi sebagai satu sektor penting yang berperanan besar kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Sehingga 31 Disember 2006 terdapat 4,918 buah koperasi berdaftar di Malaysia dengan bilangan anggota seramai enam juta orang, modal syer atau yuran berjumlah RM7.4 bilion dan aset bernilai RM38.4 bilion.

Di Sarawak pula, terdapat sebanyak 459 buah koperasi dengan seramai 306,263 orang anggota, modal syer atau yuran berjumlah RM122.5 juta dan aset bernilai RM246.3 juta.

Situasi itu menjelaskan bahawa koperasi di Sarawak merangkumi lebih kurang sembilan peratus daripada jumlah bilangan koperasi, lima peratus dari jumlah anggota, 1.7 peratus modal syer dan 0.6 peratus aset terkumpul jika dibandingkan dengan statistik gerakan koperasi di Malaysia.

Perkara itu dijelaskan oleh Menteri Muda Pertanian Sarawak (Pertubuhan Peladangan dan Koperasi), Datuk Peter Nyarok ak Entrie ketika berucap merasmikan Pelancaran Hari Koperasi Negara Kali Keempat Peringkat Negeri Sarawak di Kuching awal Julai lalu.

Statistik itu menurutnya telah menjelaskan bahawa gerakan koperasi di Sarawak masih jauh kebelakang dari segi pegangan modal syer dan asetnya.

Keadaan itu dikatakannya berkaitan rapat dengan corak perniagaan dan aktiviti yang dilaksanakan koperasi di Sarawak.

Aktiviti konvensional yang dijalankan oleh koperasi hanyalah untuk memenuhi kehendak ahli setempat.

Perkara itu telah membantutkan perkembangan industri koperasi tersebut sungguhpun pada aspek lain koperasi sebenarnya telah membuka lebih banyak peluang kepada masyarakat tidak mengira golongan miskin dan sederhana untuk menyertai arus kemajuan ekonomi serta menjadi pelengkap kepada sektor ekonomi dan kewangan negara.

Begitu juga hanya sebahagian kecil sahaja koperasi di bandar yang menjadi pemain utama dan mengerakkan perkembangan koperasi.

“Masih banyak ruang dan peluang yang boleh diterokai oleh sektor koperasi di Sarawak,” katanya.

“Ia termasuk mengalih fokus daripada perniagaan konvensional kepada pelbagai bidang perniagaan penting termasuk bioteknologi, pertanian, herba, automatif, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), industri makanan dan pembuatan,” jelasnya lanjut.

Menurutnya lagi, “Kebanyakan anggota koperasi memiliki tanah yang diusahakan secara perseorangan yang hasilnya adalah untuk diri sendiri dan secara kecil-kecilan. Tanah-tanah yang diusahakan seumpama ini perlu digabungkan melalui koperasi supaya dapat diusahakan dalam bentuk perladangan yang diuruskan secara sistematik oleh koperasi.

“Keadaan ini akan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada anggota-anggota dan masyarakat setempat. Bagi anggota-anggota koperasi yang tidak mampu melaksanakan kerja kerana faktor usia, tanah yang mereka memiliki dan tidak digunakan boleh diusahakan oleh koperasi,” katanya memberi penjelasan.

Jelasnya, walaupun mereka tidak mendapat upah kerana tidak bekerja dengan koperasi sekurang-kurangnya mereka mendapat sewaan dan dividen hasil dari tanah yang mereka serahkan kepada koperasi untuk diusahakan.

Melalui cara itu tanah-tanah terbiar dapat dipulihkan secara berterusan dengan aktiviti-aktiviti pertanian yang menguntungkan. Keadaan itu juga akan memudahkan pihak kerajaan dan swasta menyalurkan pelbagai sumbangan dan bantuan atau pembiayaan terus kepada koperasi yang faedahnya akan diperoleh oleh semua anggota dan masyarakat setempat.

Dengan cara itu juga, gerakan koperasi akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan membantu dalam usaha pembasmian kemiskinan di kalangan masyarakat.

Di samping itu, katanya “Pengumpulan modal yang banyak (caruman saham oleh ahli) membolehkan koperasi bergiat aktif di dalam mempelbagaikan bidang perniagaan yang mereka ceburi.

Selain itu, menurutnya faktor kepimpinan juga sangat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah koperasi.

“Kepimpinan yang dinamik, jujur, amanah dan tidak mementingkan diri sendiri patut menjadi pegangan dan amalan para pemimpin koperasi. Segala bentuk penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa serta kekurangan kewibawaan perlu dihindarkan. Koperasi juga harus memperkemas dan memperkukuhkan tadbir urus organisasi yang berkualiti,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa supaya para koperator mengubah minda dan sikap untuk lebih berani menceburi bidang baru yang boleh membawa pulangan menguntungkan tanpa meminggirkan prinsip dan objektif asas gerakan koperasi.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan pelbagai Anugerah Khas Koperasi Dewasa dan Anugerah Kualiti Koperasi Sekolah sebagai mengiktiraf pencapaian koperasi-koperasi yang telah menunjukkan kejayaan yang memberansangkan sepanjang tahun 2006.

Turut hadir ialah Tuan Haji Musa Bin Nasri, Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi Sarawak yang menyampaikan geran bantuan pembangunan Jabatan Pembangunan Koperasi untuk tahun 2007 yang berjumlah RM153,000 kepada lapan buah koperasi.

Info

Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) Sarawak diwujudkan pada 1 Januari 1949 dengan nama asal ‘Cooperatives Societies Department’

Ia diwujudkan dengan misi untuk menjadikan gerakan koperasi suatu jentera pembangunan sosioekonomi negara yang berkesan ke arah pengagihan kekayaan secara saksama serta objektif untuk membantu gerakan koperasi menjadi sebuah institusi sosioekonomi yang mampan dan berdikari serta berdaya saing ke arah membentuk masyarakat yang produktif dan berdaya tahan

Aktiviti Koperasi yang Utama

1. Kewangan/Bank

Menyediakan pinjaman kepada anggota pada kadar faedah yang minima

Kebanyakan anggotanya adalah kakitangan bergaji tetap terutama di sektor awam, badan berkanun dan swasta

2. Perumahan

Menjalankan projek perumahan untuk faedah anggotanya

Harga jualan rumah-rumah adalah dalam lingkungan keupayaan anggota-anggota dan lebih rendah berbanding pasaran

3. Pengguna

Untuk membantu anggota mendapatkan barangan yang berkualiti pada harga yang berpatutan

Mengusahakan pasar mini, pasar raya dan kedai-kedai runcit, kantin sekolah, kedai buku, kedai dobi dan kelas-kelas komputer

4. Pengangkutan

Menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada anggotanya

Kebanyakan daripada mereka adalah di rancangan-rancangan pembangunan tanah seperti FELDA, RISDA dan FELCRA yang menjalankan aktiviti seperti mengangkut hasil-hasil pertanian ke kilang-kilang pemprosesan

Juga mengusahakan kedai runcit, pasar mini, stesen minyak dan bengkel kereta

5. Insuran

Menyediakan perlindungan insuran

6. Perladangan

Mengurus dan membangunkan tanah-tanah pertanian mereka dengan tanaman seperti getah, kelapa sawit dan koko

7. Perindustrian

Mengumpulkan sumber-sumber untuk mengeluarkan, memasarkan dan mempromosi hasil kraftangan seperti barangan tembikar dan perak

Merupakan industri kecil dan sederhana dan kebanyakan dijalankan oleh Koperasi Industri Kampung (KIK).

8. Pembinaan

Turut serta secara aktif dalam projek pembangunan kerajaan di kawasan-kawasan mereka

Menjalankan kerja pembinaan infrastruktur yang kecil seperti pembinaan jambatan kecil, jalan-jalan dan kerja penyelenggaraan umum di daerah masing-masing

9. Perkhidmatan

Termasuk pengurusan dana, penyelenggaraan kawasan-kawasan perumahan, sewaan bangunan atau lot bangunan yang dimiliki oleh anggota, pusat asuhan kanak-kanak, kelas-kelas komputer dan pusat pembayaran bil

10. Ternakan

Mengusahakan ternakan seperti ayam untuk daging dan telur

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article