- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Sidang Media Forum Serantau CAPAM 2013

Must read

Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani mempengerusikan sidang media berkenaan Forum Serantau Persatuan Komanwel bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (CAPAM) 2013 anjuran MAMPU dengan kerjasama Kerajaan Negeri melalui Jabatan Ketua Menteri di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching pada 21 Oktober 2013.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah MAMPU YBhg Datuk Wira Omar Kaseh dan Setiausaha Persekutuan Sarawak YBhg Datuk Haji Md Yahaya Basimin.

Forum Serantau CAPAM 2013 yang akan bermula pada 27 hingga 30 Oktober di Kuching melibatkan empat komponen utama iaitu Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah CAPAM, Mesyuarat Agung Ahli-ahli CAPAM, Forum Serantau dan Pembelajaran Pesiaran.

Ia dianjurkan bertujuan untuk memudahkan pertukaran maklumat dan pengetahuan dalam pentadbiran awam  di kalangan negara-negara Komanwel di samping menggalakkan tadbir urus yang baik, adil serta jujur berasaskan kepada Perisytiharan Ketua-ketua Kerajaan Komanwel di Harare pada tahun 1991.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan pentadbiran awam melalui kerjasama dan perkongsian pengalaman dalam usaha-usaha pembaharuan pentadbiran awam antara ahli-ahlinya.

Perkara-perkara yang akan diketengahkan dalam forum tahun ini amat sesuai dan bertepatan dengan kehendak semasa di kalangan masyarakat yang kian meningkat selain membincangkan betapa pentingnya pendekatan-pendekatan baru dalam pengurusan sektor awam.

Tema untuk Forum Serantau CAPAM 2013 ialah ‘Strategic Management: Enhancing Service Delivery through Accountable and Responsive Public Service’.

Dianggarkan seramai 350 delegasi terdiri daripada ahli-ahli CAPAM dari 13 negara Komanwel termasuk Malaysia, pegawai-pegawai kanan jabatan / agensi persekutuan dan negeri serta jemputan dari Kerajaan Negeri Sarawak akan menyertai forum tersebut.

Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Ketua Menteri YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) pada malam 27 Oktober.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article